Tuesday, March 21, 2023

Hadiah Hari Lahir terbaik

 Bismillahirahmanirrahim..


Tak sampai 24 jam kita akan bertemu Ramadhan yang tercinta.Semoga kita berkesempatan.amin

Dan..Yang paling gembira esok adalah Cik Naufar sebab Allah bagi hadiah Ramadhan sebagai hadiah Hari jadi.Alhamdulillah.☺️

🧡🧡🧡🧡

Malam esok dah boleh mula berterawih.Awak terawih kek mano?CN kat rumah je awk..kalau ada suami boleh ikut pi masjid.Tapi xpe la lebih afdhal bagi cn yg single.mingle ni bertarawih kat rumah je.🤭

Alhamdulillah...thumma Alhamdulillah


Naufarhikmah

Selasa

21032023




Bubur lambuk🧡














Monday, March 20, 2023

Hari pertama minggu persekolahan

 


Assalamualaikum...

Alhamdulillah sekolah dah mula sesi baru.Yeay!Rasa mcm baru je masuk tahun 2023.

Dan sambil menaip sambil menahan sakit kaki ye hari ni turun naik tangga sekolah.🥴.Lagi2 sekarang musim panas..Ya Allah semoga Allah menurunkan hujan sebelum Ramadhan bermula..amin

Semoga hari baru Dan mendatang nanti dipermudahkan segala urusan kita didunia mahupun akhirat.

Dan di sini Cik Naufar sekadar mencatit cerita yg bakal menjadi kenangan pada masa akan datang.

Penat2 ni rasa mcm nak duduk tepi laut je kan healing petang2 tapi sini xde laut.Pergi kerja balik kerja semua lalu jln kampung.Bas teksi jarang jumpa.Shopping mall,setabak,mekdi semua mmg xde la kan..Elokla tu.Tak membazir duit.Kita tengok gunung je la depan rumah..

Ok bye.

Assalamualaikum.


Naufarhikmah

Isnin

20032023














Wednesday, February 15, 2023

Perhitungan Makhluk Ghaib

 




Selama pertempuran  antara Cik Naufar Dan mereka di alam mimpi,kali ini ia hampir mengusai diri seakan kekuatannya hampir merentasi kudrat cn sebagai manusia biasa.Alhamdulilalh tak tersungkur...🥴

Tengah malam tadi,cn ralit dengan kerja sehingga tak sedar jam hampir 2.30 pagi..Sebelum tidur, cn rasa tak sedap hati sebab kaki tiba2 rasa sejuk sañgat..Sebab sblm2 ni,sebelum cn diganggu masa tidur,masa nak tidur tu mmg petanda dia ..kaki jadi sejuk..takpela think +ve..n cn baca ayat kursi,Selawat,zikir sampai terlelap sebab dh ngntok sangat2.Bukan takut pun,cuma risau ye benda2 mcm ni boleh ganggu emosi..

Mmg betul tekaan,tiba2 dlm mimpi yg mcm betul2 ni cn nampak seorang lelaki berpakaian baju pagoda Putih dah berkain pelekat duduk bersila membelakangi cn..cn dengar dia baca sesuatu Dan pada masa yg sama cn rasa suara cn lama2 jadi garau mcm harimau..Ya Allah..Cn nak lawan dengan zikir,tapi yang keluar suara mcm harimau mengaum.nauzubillahiminzalik.apa benda dia nak hantar masuk dlm jasad ni😡😡..masa tu cn atas katil sama kedudukan masa tgh tidur,cn bangun nak bukak lampu tapi cn melekat kat pintu bilik Dan cakar2 pintu tu sambil suara dah kelaut dalam..mmg cn tak fhm mcm mana cn boleh mengaum mcm rimau.adoi nak gelak plk masa menaip ni kan..😆

Tapi masa tu cn ingat dh sedar,rupanya masih dlm mimpi ..tiba2 masa tengah berlawan  emosi tu,ada satu tangan kurus kering,pucat Dan berbulu disebelah pintu.Penat sangat lawan supaya dia tak berjaya menguasai badan.cn berjaya sikit sebut zikir,takbir kuat2 dlm masa yg sama dpt rasa sesuatu meresap dlm separuh badan..cn dh takut sangat2..sebab risau.kat rumah ni ada cn dgn ibu je..😭

Masa tengah lawan tu tiba2 ibu ketuk pintu bilik sebab terkejut dengar cn jerit kuat2😆..alhamdulillah tersedar..terus ambil hp tengok jam baru pukul 2.50 am..tapi rasa mcm lama sangat tadi..bukak ruqyah dlm YouTube n tido..


Kenapa Kali ni,mimpi tu dia tunjuk seolah org tu bersungguh2 nak hantar sesuatu masuk dlm tubuh badan Cik naufar...apa Salah Dan dendam dia..Cik Naufar tak pernah kacau sape2,dah la cn introvert..org kampung pun tak kenal cn.pergi kedai pakai mask memanjang.org kat tempat kerja pun tak cam cn sebab cn tak pernah bukak mask sejak COVID..😔


Sekian..


Naufarhikmah

15/2/2023

Rabu





Monday, February 13, 2023

Catatan Mimpi 06022023

 Assalamualaikum 

Untuk pengetahuan diri sendiri Dan pembaca setia cerita mimpi Cik Naufar,dengan ini CN buat keputusan untuk kekal single...ehhh.hahhaaha😂

Bukan tapi mmg benar.

Post di page Naufarhikmah @fb dah lama tak terurus sebab cn suka update personal fb je,susah juga nak control 2 acc ni serentak..kadang nak copy paste je benda sama tapi tu la.update fb pun kurang rajin.


Alhamdulillah Hari tu sebenarnya dah berjaya login blog ni semula..magic☺️


Hari ni nak cerita mimpi CN pada malam 16 Rejab tak silap hari Isnin malam selasa.Nak ikutkan dah lama CN tak bermimpi yg mcm ni,selalu nya mimpi mengarut yg panjang Dan cepat je lupa bila bangun.Tapi mimpi yg ni buat cn meremang sebab dia mcm bukan mimpi.Dia mcm real.


Mmg cn org yg kerap bermimpi.Hari2 tak pernah miss.Dulu masa sekolah,kalau terlelap masa sazah ngajar even beberapa saat pun cn akan mimpi mcm mimpi pergi kedai beli barang..hahahha😂Tapi org ckp bahaya,org mcm ni kalau drive kejap terlelap n boleh ke alam lain selain alam mimpi..Nauzubillahiminzalik...

Ok mimpi tu tentang seseorang yg cn kenal melalui satu media sosial.Tak pernah jumpa kot depan2 sebab mmg tak kenal secara berdepan.Tapi cm adore dia la jugak,tak tahu knp..eh...😆

Malam tu mmg sejuk,ni kira minggu terakhir negeri cn dilanda musim sejuk..nasib je salji takde kan masa tu.😎Disebabkan terlampau sejuk,cn tidur berselibung selimut tu mcm pakai tudung shawl tu.tutup aurat k.hehe.N cn masa tu terlelap walhal baru duduk dekat birai katil,kiranya tertido sambil duduk kat tepi katil sambil kesejukan dek angin mlm.Pastu rasa mcm baru je terlelap,ada seorang lelaki pakai baju hitam duduk di sebelah CN😱..masa tu cahaya samar2,cn nampak la muka dia masa tu,wajah dia setenang pertemuan antara air sungai Dan laut..Masa tu cn rasa terkejut yakmat,nasib la tak jatuh cinta sangat🤭.Tibà2 kan di hulur tangan,cn automatic hulur tangan salam dia n cium tangan dia,masa tu cn tercium dekat jari dia yg ada cincin batu berbentuk bulat n warna seakan coklat gelap.Terasa sejuk Batu cincin tu.Tapi kan....yang paling meremang,cn rasa mcm Salam dia betul2..terasa kasar tangan seorang lelaki bila bersalam tu..weh..sepanjang cn mimpi apa2 termasuk makan ..percayalah makanan tu mmg tak rasa apa2..kadang nak mkn Mee pakai chostik pun tak lepas mcm Mee tu halimunan..kalau sentuh apa2 pun tak rasa,contoh mcm tersempak kayu pun tak sakit.


Lepas Salam dia,cn terus tersedar dalam posisi Dan keadaan yg sama mcm dlm mimpi.Cepat2 capai hp nak tengok jam..baru pukul 3.37am..😭.

Rasa seram tu takyah cakap,takut tersalam tangan Jin ke Pastu terbuat perjanjian kan sebab dah Salam mcm tu..Ya Allah..semoga dijauhkan..


CN cerita ni sebab pagi tadi cn mimpi orang yg sama lagi..Masalahnya dlm mimpi tu,masa tu dia tengok cn tengah tido..aduhh.Lepas sedar Dari tido yg dlm mimpi tu,cn masuk bilik Pastu dia ikut tapi dia minta Maaf..apa kah🥴


Cukuplah dengan cerita harimau Putih Dan pelesit..penat la kalau hari2 kena lawan dorang ni..😔


Naufarhikmah

13/2/2023

Isnin





Monday, February 6, 2023

Rasa



Alhamdulillah.Setelah beberapa kali percubaan,akhirnya berjaya menujah kembali ke sini..Mencari medium penulisan lama yang pernah dilakar kisah kehidupan seorang manusia yang hampir di lupakan.

Bukan mudah meninggalkan yg pernah menjadi rutin,tapi kerana hati perlu satu cara untuk dihargai oleh segala rasa yang dicipta manusia itu sendiri.

Terkadang minda separa sedar juga teringin mencatit segala perjalanan dialam yg bukan realiti kerana sering di usik hatinya oleh keadaan yg menghimpun rasa bahagia dan gembira kerasa rasa itu cuma sementara.Jadilah secebis kenangan untuk di ingat dalam waktu yg lama.

Jika kamu memahami segala yang terungkai,aku pasti kamu seorang yang pandai membaca mata hati manusia seperti aku.


Naufarhikmah

6 Feb 2023




Sunday, April 21, 2019

Content Blog

Assalamualaikum😊

Hai awak! First time datang sini ye?😍Macihh datang sini
😘

Blog saya tak sebagus blog orang lain.Blog saya  ni lah tempat saya meluah segala rasa hati.Apa yg awak baca Ni lah luahan hati saya yg sebenarnya.Mcm awak tgh baca apa dlm hati seorang Amirah.cayalahh😋

Kalau awak nak blog awak ada ramai followers n readers..kena rajin update benda2 yg bermanafaat mcm resepi ke,gambar2 yg cantik n tip2 yg bagus.Contoh update resepi,tajuk tu the tulis betul2..Resepi kek pelangi.Sebab kalau org Google akan keluar result dari blog awak jugak.hihi😉

Tu je nak bagitahu.ok.ibu dah jerit dari luar ada anugerah meletop.Tak minat pun tapi perkembangan kena amek tahu sikit2 kan.ha layan je

Adios😁

Naufarhikmah

21/4/2019

Thursday, April 18, 2019

Bid a farewell well well

Assalamualaikum😣

Sebenarnya malas nak update tapi dek kerana jiwa semakin bergolak untuk meluahkan maka nya aku di sini.

Ya pergolakan jiwa yg kadang2 hambar dan selalunya mmg hambar.Seolah tiada jiwa lagi.Aku stress.Stress dgn manusia yg selalu buat keputusan melulu,manusia yg suka marah2 tanpa selidik,manusia yg suka diskriminasi,manusia yg  ..aishh banyak pulak.dah nama manusia mmg xsempurna kan.tapi itulah.saja nak bebel kat sini.

Sedih.Manusia yg asyik pandang Kita Ni buat Salah memanjang.By the way thanks coz at least there is someone who always notice me.hahhaa.Kita tahu la Kita mmg clumsy.

Tapi serious sedih sangat.Apa salah hambaa😫😫😫😫😫😫🙄😒😜😥😣

Maafkanlah saya.Saya mmg manusia.Manusia yg tak pernah sempurna.Its ok.Aku masih cuba bertahan.

Adios😪

Naufarhikmah

18/04/2019

Hadiah Hari Lahir terbaik