Tuesday, April 23, 2013

Alhamdulillah ujian

Setelah hampir 2 minggu Alhamdulillah aku berjaya mengalahkan kelemahan dalam jiwa..
 Semuanya aku lalui sendiri dengan Allah disisi aku,tanpa Dia dan pertolonganNya,mana mungkin aku dapat hidup atas muka bumi yang barakah ni,,

Sakit yang aku alami hampir mengejangkan urat nadi kehidupan,aku hampir jatuh sendiri tanpa ada sesiapapun  yang menyedari.

Dalam masa seminggu aku bertemu janji dengan 4 doktor berlainan tempat sakit.Yang terakhir aku sendiri kelelahan dan kesesatan di pagi hari mencari hospital.Mujur aku tak terjelepok di tengah2 kota kuala lumpur dek kerana kesesatan seorang diri,ditambah terlampau kelelahan dan kepenatan yg teramat2.Alhamdulillah Allah masih sayangkan aku..Aku tepat pada masanya sampai di wad kecemasan,dan dibawa terus untuk rawatan.Mataku melirik ke kiri dan kanan..Masing2 ditemani.Aku menahan sebak didada.Akhirnya mengalir air mata bukan kerana kesakitan,tapi betapa aku sendiri berusaha keras mengumpul kekuatan sehingga ke tahap ini tanpa ada sesiapa disisi yang menemani..

Usai tengahari selepas menerima rawatan susulan,aku pulang sendiri..Suasana sepi dalam bas menyebabkan airmata mengalir deras.Tak aku hirau sekeliling.Tersedu2.Semua ini aku lalui sendiri,aku tak mampu berkongsi,cuma kali ini..Aku lepaskan segalanya supaya tiada lagi yg menyesali....

Aku mahu sendiri...



No comments: