Posts

Showing posts from December, 2011

Transaksi Jiwa Hambaku

Aku hampir putus asa menghadap hidup yang dibentang Tuhan.Pena yang tergenggam erat juga hampir kekeringan dakwat.Apa lagi yang tidak sempurna?Apa lagi yang khilaf?Sungguh aku tidak tahu Ya AllahAdakah ibadahku belum cukup sempurna?

Atau kesalahan ku masih dijunjung di kaki langit kerana tiada pengampunan?
Atau dosa laluku yang bertamu dalam jiwa menghambat duka hari ini?
Apa yang masih tergantung Ya Allah..........

Aku miring ke kiri,aku nampak garis halus merekah di dinding.Seperti perasaanku.Arghhhhhhh,aku buntu seperti dinding yang berwarna putih itu.Aku kelu.Setiap hari aku mendengar keluhan,jika aku punya kuasa ajaib seperti Boboi,aku bukan aku yang hari ini.Dalam buku tulis mana pun tidak akan pernah ada tertulis niatku untuk mereka cipta batas dalam duniaku sendiri.
Idiot yang bukan sahaja idiot

Cuma dunia yang seolah-olah membenci aku,menurut hati yang hipokrit.

Seperti tiada sesiapapun yang mahu bertanya kehendak ku.Mereka fikir inilah kemahuanku,ini jalan yang aku pilih.Sed…