Posts

Showing posts from March, 2011

Tuhan, Bentangkan Aku Jalan Biasa

Itulah ujian yang Allah beri untuk aku Baru hendak melangkah ke hadapan Di tarik kembali ke belakang Di rendahkan Di abdi 
Aku tak pasti  ukuran bagaimana yang diberi Tuhan Hingga ujian seberat ini kepunyaan aku

Walau berat Aku cuba menampil  Jadi yang terbaik Namun Yang buruk itu juga dipandang Yang buruk itu juga dinilai
kalau engkau sedang membaca hal ini aku yakin Pasti sulit untuk kau fahami Kerana derita yang aku pamerkan ini Adalah derita tersirat Hanya aku yang menangisi Dan hanya Tuhan yang memahami

Allah Aku mahu cepat-cepat pergi  Pergi ke jalan biasa yang dilalui manusia
Jalan ini
Membuat hatiku sakit untuk menjejak
Membuat jiwaku runtun untuk berjalan
Membuat naluriku tawar untuk merasa
Tuhan Aku tak mahu berlawan Aku tak mahu derhaka

Di sini aku merengkok kerana tidak pasti akan maksud ujian ini
Bentang aku jalan Jalan yang biasa
Kalau kau faham maksudku Kau harus senyum Kerna bukan engkau yang berjalan disini