Monday, October 17, 2011

Kekhilafan

AKU EGOIS!Aku akui itu.Ego menerima cinta lagi,perasan baik kerana menolak cinta manusia?Bukan..maksudku cinta lelaki.Ini semua kerana aku pernah cuai,mengetepikan ego dan menerima cinta seseorang yg ku berikan peluang kedua setelah yakin dia adalah jodoh buat ku.

Astaghfirullah...Bagaimanalah aku boleh yakin yg dia adalah jodohku sedangkan perihal jodoh,ajal dan maut itu hanya pada tangan Tuhan???


Tuhan,aku akui kesilapan dan kekhilafan ku.bahawa aku pernah berjanji hanya akan menyerahkan jiwa dan raga serta cinta ini buat jodoh yg telah termaktub dalam tulisan Tuhan Yang Maha Mengetahui..

Tapi Tuhan Maha Pengasih,hati yang berbolak balik dek perasaan tidak keruan akibat cinta manusia segera di letakkan kembali di jalan Tuhan.

Terima Kasih Allah

Menarik balik cinta yang tidak benar bagiku

Menyemarakkan kembali cinta buat Tuhanku

Terimalah aku kembali menapak di jalan Mu

Terimalah taubatku

amin



Makna:
Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,

Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Terimalah taubat kami dgn taubat nasuha

No comments: