Wednesday, March 2, 2011

Tuhan, Bentangkan Aku Jalan Biasa



Itulah ujian yang Allah beri untuk aku
Baru hendak melangkah ke hadapan
Di tarik kembali ke belakang
Di rendahkan
Di abdi 

Aku tak pasti 
ukuran bagaimana yang diberi Tuhan
Hingga ujian seberat ini kepunyaan aku


Walau berat
Aku cuba menampil 
Jadi yang terbaik
Namun
Yang buruk itu juga dipandang
Yang buruk itu juga dinilai

kalau engkau sedang membaca hal ini
aku yakin
Pasti sulit untuk kau fahami
Kerana derita yang aku pamerkan ini
Adalah derita tersirat
Hanya aku yang menangisi
Dan hanya Tuhan yang memahami


Allah
Aku mahu cepat-cepat pergi 
Pergi ke jalan biasa yang dilalui manusia

Jalan ini

Membuat hatiku sakit untuk menjejak

Membuat jiwaku runtun untuk berjalan

Membuat naluriku tawar untuk merasa

Tuhan
Aku tak mahu berlawan
Aku tak mahu derhaka


Di sini aku merengkok kerana tidak pasti akan maksud ujian ini

Bentang aku jalan
Jalan yang biasa

Kalau kau faham maksudku
Kau harus senyum
Kerna bukan engkau yang berjalan disini

No comments: