Wednesday, December 15, 2010

Titipan Hati Hawa Buat Adam


Sebulan selepas berkahwin
Satu malam,aku tersedar dari lena.Bantal empuk disebelahku masih kosong.Seolah kekabu sudah hampir membeku dalam gumpalan aircond dihujung kamar
.Hampir seminggu suamiku mengadiri kursus di Langkawi.Malam yang sejuk semakin menghambat jiwa.Baru sebulan aku bergelar sang suri hidup seorang lelaki,sudah terasa hangatnya rasa kerinduan.
Lantas handphone ku capai,menekan2 nombor.
"Assalamualaikum"lembut bicara suami dihujung talian.Mujur suami masih belum tidur
"walikumsalam abang..bla..bla..."
(p/s:Perbulan suami isteri dilarang siar disni..ngehs**`)

Beberapa bulan selepas berkahwin

"Sayang,hari ni abang balik lewat sikit.Ada 2 report lagi abg kena siapkan sebelum akhir tahun ni"sayup2 suara suamiku dihujung talian
Aku diam membisu.Mengiakan pun tidak.Kadang2 hampir jemu dengan karenah birokrasi manusia.Aku kan isteri?Kenapa harus seorang isteru dipinggirkan hanya krn keutamaan yg si suami letakkan pada kerja?
Tapi kerana ingin menitip redha,aku akur.Segala lelah ku lepaskan pada Tuhan kala sujudku.


 7 Bulan selepas berkahwin

Selesai masak,aku bergegas bersiap.Abang dah berjanji akan menemani aku menjalani medical check-up.Baby semakin aktif.Makin banyak yang difikirkan,aku makin risau.Dengan keadaan aku yg tinggal seorang diri dirumah & suami keluar bekerja,hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui.

"Sayang,abang minta maaf banyak2.Hari ni ada client mintak abang attend meeting dgn company dorang.Abang call teksi je ye"
Hampa
Dalam keadaan yang sarat begini suamiku masih mengutamakan kerja.Kunci kereta segera ku capai.

Encik Adam,ada call dari hospital.
"Wife Encik Adam bersalin pra-matang.
Baby is too weak now and only have  50% chances"
"and my wife?"
" i'm sorry"
......


Belum sempat kau hargai kasih sayang itu,Allah telah mengambilnya darimu.

 Tepuk dada tanyalah iman.Jika jiwa si HAWA itu hanya seringan kekabu yang terbang apabila ditiup angin,tebalkan ia dengan kasih sayang yang Tuhan telah anugerahkan buatmu.Jangan telalu mengejar dunia,hakikatnya kasih sayang dan amanah Allah itu telah kau abaikan wahai ADAM

Cerita pendek yang mengarut ini ditulis oleh CIK NAUFAR.Bukan  CIK HAWA,bukan ENCIK ADAM.
Tiada perkaitan dengan yang hidup atau yang telah tiada~
p/s:Jom layan Kasihmu Amanahku by INTEAM..^_^

No comments: