Friday, December 10, 2010

Pelesit oh Pelesit


Pelesit oh pelesit
Rajin betul makhluk Tuhan yg seekor ni datang umah
Maklumlah tinggal kat kampung
Macam2 jenis makhluk Tuhan wujud

Kecik2 dulu ada seciput kisah antara cik naufar & pelesit
 Masa duk kat JB
satu petang ada sekor pelesit masuk dalam rumah
masa tu cik naufar tgh bz melalak2 dalam buai
arwah abah tangkap pelesit tu & masuk kan dalam botol
risau la sebab cik naufar masa tu baby lagi,cute pulak tuh
hoho ~
Keesokkan harinya,ada sorang pakcik tua datang jual kain
Yang peliknya,pakcik tu datang umah kami je
padahal rumah kat situ ala2 rumah kedai
adalah dalam 4 buah rumah berderet

Mata pakcik tu melilau kedalam umah
Sibuk lak dia tanya2 macam-macam pasal cik naufar
Untung arwah abah ni dah boleh agak
Pandai jugak lah arwah abah pusing2 sikit
hehe~

Ble dengar cerita,seriau jugak lah sikit2...
Asal cik naufar ada dalam rumah,mesti ada pelesit
Dari yang saiz XXL sampai saiz S
Sampaikan dah jadi trademark
asal pelesit masuk umah je ada la org2 dlm umah sound
"angah,pelesit angah dah sampai'
haha~

Pas maghrib tadi ada sekor lagi sesat
suka2 dia je landing atas lantai
Adoi lupa lak ni malam jumaat
 Dah boring pulak tengok dia keluar masuk rumah
Syuhh syuhhh kan aje la...

p/s- Guna teknik Cekup & Buang.Itupun kalau korang berani la..eeeiiiii...Geli kot nak pegang~
 


No comments: