Monday, December 20, 2010

Penat


Gambar oleh dak kenit nama Aisy

Penat

Sangat penat bila berperang dgn perasaan sendiri
Penat otak berfikir 
Penat hati bermain teka-silangjiwa


Sorry,entry merapu lagi~

Rasa cam nak makan PETAI~





Saturday, December 18, 2010

"GiveAway EdY : Terbang Jauh-Jauh"...



Salam hujung minggu
Tetiba terperasan ada GA kat blog Edy
Kepada sape2 yg minat leh lah masuk,mane tahu ANDA bertuah kali ni.hehe

Ini qoute dari EDY
Korang hanya perlu :
1. Buat 1 entry pasal giveaway ni dengan tajuk "GiveAway EdY : Terbang Jauh-Jauh"...
DONE
(letak banner giveaway pada entry dan pastikan kat entry korang ada link terus ke entry contest ini)
DONE
2. Jadi follower blog ini...
DONE
3. Tag 1 org blogger lain atau lebih dan make sure dieorg tahu...
DONE
4. Tinggalkan link entry korang kat ruangan comment entry [INI]

Dari kecik lagi cik naufar mmg suka key chain.hehe.Tapi dompet syiling tu nampak lagi UNIK.hehe

Nak TAG ;

Award from HUSNA

Cik Naufar dapat AWARD lahh.Terkejut jugak bila CIK UNA tag kan sebijik award yg bling2 tuk CN.


Sebenarnya CN mmg tak reti pasal award2 ni.heehee.Tapi kalau sekali dapat excited bukan main.ngehs**
Ok kat situ ada cakap kalau nak amek award kena fullfill several questions.

:: Nombor Satu kena jadi follower blog sis Ain Soofea ::
Dah Follow

::Nombor Dua dia tanya Kenapa Korang Amek AWARD ni::
Erm.!st sebab diberi penghargaan oleh adik bloger yg cute,CIk UNA.den sebab saya NAK award yg grand cam avanza ni.Nampak sweet gitu.hehe

::Nombor Tiga Komen Tentang Ain Soofiya Blog::
Ist time masuk,blog Ain mmg IMPRESSIVE!!Tak caya korang masuk sendiri.
Banyak betul tips2 tuk mencantikkan blog.Ala2 TUTOR BLOGGER
^_^

::Nombor Last kena TAG 5 orang follower yang cute::
Nak tag my beloved anak murid sebab blog mereka mmg comel


 [2 org  setakat ini.hehe]



Friday, December 17, 2010

Bolehkah saya BERCINTA

 
"Cikgu,couple tu boleh tak?"
Anak murid yang bagus.Suka mencetus persoalan yg complicated sampai cikgu pening nak menjawab..hehe
^_^
Macam cikgu jugak,zaman sekolah dulu..selalu terfikir benda2 ni.
 
Pakwe
Girlfriend
Couple
[Cinta Monyet]
Biasalah pemikiran remaja yang semakin meningkatan tumbesarannya
peace~
 
cikgu ;
"Couple tu BERCINTA"
Siapa bilang dong bercinta itu SALAH
Ada ramai yg perlu kita berikan Cinta
 
ALLAH
NABI
IBU BAPA
KELUARGA
GURU
SAHABAT
JIRAN

Selain yang DIATAS ni,layak ke dipangil CINTA?

Kamon2...CINTA tu datang dari YANG MAHA KUASA
Segala yang datang dari DIA itu SUCI BERSIH MURNI

Tapi yang mengotorkannya ialah tangan2 NAFSU yg menggila terhadap CINTA yg kononnya SEJATI
pada seseorang yang belum tentu JODOH kita
Terpulang atas kita
CINTA yang ini kita yang Cipta
Pandai2 lah membawa diri ke arah sesuatu yg diredha DIA
Dengan cara apa kita nak mendefinisi cinta terhadap manusia yang bukan standard kita
BUKAN MUHRIM
Yang lagi salah
Dating berDUA disamping yg keTIGA~
Berpandangan mata.ececehhhh
Tak konferm lagi jatuh ke hati okey
Jangan sampai jatuh ke lembah DUKA sudah lah...
 

Peringatan ini KHAS buat DIRIKU yang sentiasa lupa

Wednesday, December 15, 2010

Titipan Hati Hawa Buat Adam


Sebulan selepas berkahwin
Satu malam,aku tersedar dari lena.Bantal empuk disebelahku masih kosong.Seolah kekabu sudah hampir membeku dalam gumpalan aircond dihujung kamar
.Hampir seminggu suamiku mengadiri kursus di Langkawi.Malam yang sejuk semakin menghambat jiwa.Baru sebulan aku bergelar sang suri hidup seorang lelaki,sudah terasa hangatnya rasa kerinduan.
Lantas handphone ku capai,menekan2 nombor.
"Assalamualaikum"lembut bicara suami dihujung talian.Mujur suami masih belum tidur
"walikumsalam abang..bla..bla..."
(p/s:Perbulan suami isteri dilarang siar disni..ngehs**`)

Beberapa bulan selepas berkahwin

"Sayang,hari ni abang balik lewat sikit.Ada 2 report lagi abg kena siapkan sebelum akhir tahun ni"sayup2 suara suamiku dihujung talian
Aku diam membisu.Mengiakan pun tidak.Kadang2 hampir jemu dengan karenah birokrasi manusia.Aku kan isteri?Kenapa harus seorang isteru dipinggirkan hanya krn keutamaan yg si suami letakkan pada kerja?
Tapi kerana ingin menitip redha,aku akur.Segala lelah ku lepaskan pada Tuhan kala sujudku.


 7 Bulan selepas berkahwin

Selesai masak,aku bergegas bersiap.Abang dah berjanji akan menemani aku menjalani medical check-up.Baby semakin aktif.Makin banyak yang difikirkan,aku makin risau.Dengan keadaan aku yg tinggal seorang diri dirumah & suami keluar bekerja,hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui.

"Sayang,abang minta maaf banyak2.Hari ni ada client mintak abang attend meeting dgn company dorang.Abang call teksi je ye"
Hampa
Dalam keadaan yang sarat begini suamiku masih mengutamakan kerja.Kunci kereta segera ku capai.

Encik Adam,ada call dari hospital.
"Wife Encik Adam bersalin pra-matang.
Baby is too weak now and only have  50% chances"
"and my wife?"
" i'm sorry"
......


Belum sempat kau hargai kasih sayang itu,Allah telah mengambilnya darimu.

 Tepuk dada tanyalah iman.Jika jiwa si HAWA itu hanya seringan kekabu yang terbang apabila ditiup angin,tebalkan ia dengan kasih sayang yang Tuhan telah anugerahkan buatmu.Jangan telalu mengejar dunia,hakikatnya kasih sayang dan amanah Allah itu telah kau abaikan wahai ADAM

Cerita pendek yang mengarut ini ditulis oleh CIK NAUFAR.Bukan  CIK HAWA,bukan ENCIK ADAM.
Tiada perkaitan dengan yang hidup atau yang telah tiada~
p/s:Jom layan Kasihmu Amanahku by INTEAM..^_^

Tuesday, December 14, 2010

Hakikat Seni Dalam Setiap Kejadian




“Dan Kami telah meniupkan angin untuk mengawinkan dan Kami turunkan hujan dari langit lalu Kami beri minum kamu dengan air itu dan sekali kali bukanlah kamu yang menyimpannya.” 
(Al Qur’an, 15:22)


Seni itu cantik dan menawan
Setiap satu kejadian Tuhan
Pasti dipersembahkan kepelbagaian cara dalam kehidupan

Kerana itu Tuhan
memberi manusia akal fikiran
bakat
kebolehan
untuk mencarik segala ilmu melalui minda sedar

Allah memberi segala
Kita menyingkap maknanya



Gambar: Nas Salahuddin Albeyduri





   

Sunday, December 12, 2010

Gagal Menawan Hatinya~

Gambar:Credit to Nas Salahuddin Albeyduri

Maaf
 Aku masih gagal menawan hatinya

rawan jiwaku semakin dalam
menyeluk duka manusia

Kekadang ingin berpaling
kerana pahitnya 
menerbit rasa kecewa

sehingga aku tidak tahu
bagaimana untuk menilai 
hampa

naufarhikmah
11.01 PM
12/12/2012

Friday, December 10, 2010

Pelesit oh Pelesit


Pelesit oh pelesit
Rajin betul makhluk Tuhan yg seekor ni datang umah
Maklumlah tinggal kat kampung
Macam2 jenis makhluk Tuhan wujud

Kecik2 dulu ada seciput kisah antara cik naufar & pelesit
 Masa duk kat JB
satu petang ada sekor pelesit masuk dalam rumah
masa tu cik naufar tgh bz melalak2 dalam buai
arwah abah tangkap pelesit tu & masuk kan dalam botol
risau la sebab cik naufar masa tu baby lagi,cute pulak tuh
hoho ~
Keesokkan harinya,ada sorang pakcik tua datang jual kain
Yang peliknya,pakcik tu datang umah kami je
padahal rumah kat situ ala2 rumah kedai
adalah dalam 4 buah rumah berderet

Mata pakcik tu melilau kedalam umah
Sibuk lak dia tanya2 macam-macam pasal cik naufar
Untung arwah abah ni dah boleh agak
Pandai jugak lah arwah abah pusing2 sikit
hehe~

Ble dengar cerita,seriau jugak lah sikit2...
Asal cik naufar ada dalam rumah,mesti ada pelesit
Dari yang saiz XXL sampai saiz S
Sampaikan dah jadi trademark
asal pelesit masuk umah je ada la org2 dlm umah sound
"angah,pelesit angah dah sampai'
haha~

Pas maghrib tadi ada sekor lagi sesat
suka2 dia je landing atas lantai
Adoi lupa lak ni malam jumaat
 Dah boring pulak tengok dia keluar masuk rumah
Syuhh syuhhh kan aje la...

p/s- Guna teknik Cekup & Buang.Itupun kalau korang berani la..eeeiiiii...Geli kot nak pegang~
 


Thursday, December 9, 2010

Pesta Buku:Ke Garisan,Sedia,Mula!!!!!!!!!!!



Main search2 kat Google terjumpa pasal
Pesta Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur 2010
22-26 Disember bermula 10:00am - 6:00pm
Tempat : Tun Razak Hall 3 , Putra World Trade Center (PWTC)

Bestnyer jadi kanak2
~~
Daripada tak buat apa2 time cuti ni,boleh jugak isi masa gi jenjalan tengok buku2 kat kat sana

Nak pegi...
Tapi jauh sangat la pulak nak menapak ke KL tu
Takpe la,kedai2 buku kat Melaka ni pun belum habis jelajah lagi
**ngehs~~

Teringat2 masa zaman sekolah rendah dulu,
ada Perpustakaan Bergerak kalau tiap2 hari Rabu 
Tapi yang tak bestnyer,budak2 kecik sikit belum layak pinjam buku.
so ble abang pinjam buku2 tu boleh tumpang sekaki~
Maklumlah tak cukup umur lagi masa tu
Disebabkan minat sangat
Ibu bagi pinjam KAD PERPUSTAKAAN
Weeeeeeeeeeeeeeee!!
(padahal excited sebab dapat nek bas bergerak tuh..hoho~)



p/s:Vote for my student,Nur Nasuha Mohd Fadzil
[Klik Saya] Untuk UNDI Finalis Dialog Lucu Komik -M
LIKE page on FACEBOOK

Thanks!!

Wednesday, December 8, 2010

Pagi2 Makan Kuaci;Assalamualaikum Everybedy

 Asslamualikum!!
Tomorrow
Aisy Ar RAzi will officially 5 month



Thanks Aisy,
Your cry made us cry
Your smile made us smile


 


















Kisah KITA Special Edition

AWAK
awak ingat tak masa kita  pegi jalan2 naik kereta ramai2 
walaupun kita lebih besar dari kereta tu
kita tak pernah kisah kena berhimpit dalam kereta
asalkan kita gembira

AWAK
ingat lagi tak masa kita sakit
walaupun esok awak ada exam
AWAK sudi hantar kita pegi klinik malam2

AWAK
Ingat tak masa musim periksa

Kita berkumpul ramai2
Share2 nota
Share2 makanan
Share2 bantal

sama2 berkongsi harta


AWAK 
ingat tak masa kita susah
masa kita sedih
masa kita hepi
semuanya kita kongsi sama2


Tentang keluarga & kawan
Tentang hati & perasaan

Semua berkongsi rasa

Kisah KITA 
meski ada suram 
AWAK sentiasa jadi cahayanya


Thanks kerana menceriakan KISAH KITA
Special Edition
Jaa
Dayah
Daia
Farah 
Yah
Kin 
Ana
Sam
Wan
Kinah
mimi
 
 Gambar: Credit to Zaidi 

p/s: Eh ari ni befday girl kita,Daia Anuari
Daia
HaPpY BirThdaY!!
Semoga persahabatan kita selamanya
 

Monday, December 6, 2010

Keputusan Micro teaching jawatan Guru/Pensyarah MARA


Keputusan Micro Teaching Untuk Subjek Bahasa Melayu, Kemahiran Hidup. Pendidikan Jasmani Dan Sejarah Boleh Disemak Sekarang [DI SINI]
Untuk subjek lain,termasuk Pengurusan Perniagaan,Accounting,Ekonomi dll boleh semak dari semasa ke semasa di link dibawah
p/s:lama2 tunggu jadi boring lak.huhuhu

Dedikasi untuk mu...



Semalam menghadirkan diri ke majlis pertunangan sahabat baik masa sekolah rendah dulu.
Tahniah buat Amelia & Lan
Semoga kekal hingga ke jinjang pelamin.^_^
Purple gitu~



Tahniah jugak buat sahabat baik zaman sekolah menengah dulu,cam tak caya je dah kawen.Maklumlah zaman2 skolah dulu,masing low profile,malu2 gitu~

Buat pasangan Nur Nadia Rahim & Fahmi Bazlan

Binalah hubungan atas dasar kejujuran,kepercayaaan dan keikhlasan 
Boleh ke org tak kawen lagi bagi nasihat camni ek?hehek
Hujung bulan ni Nadia nak terbang gi mesir dah,ikut jejak langkah Fizah 
Take care kat sana k?Luv u sangat2.^_^
Jangan lupa setahun dari sekarang,I nak 
anak buah cute2 tau..

**ngehs3~~
 

 

p/s: Salam Maal Hijrah!!!!!

Muharam

Klik pada gambar untuk lebih jelas

Saturday, December 4, 2010

Penghayatan alam

Ar-Rahman
 [7]
Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,

Ar-Rahman
[10]
Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:



Gambar :Credit to Nas Salahuddin Albeyduri

Projek sana sini

Cerita bukan sebarang cerita.Cik naufar terjumpa sumber2 tentang cerita ni daripada seorang kawan.Jadi tangan pun gatal2 dok search kat Google.Mungkin sebab cik naufar masih marah2 sebab harga minyak makin naik,asek naik dan sentiasa naik.(saje cari alasan~)

Korang penah dengar tak pasal
PROJEK PUSARA NEGARA???

ape tuh?Bunyi cam makanan yg boleh dimakan cicah roti.gegege~~
Cik Naufar pilih satu link nak baca

klik link bawah tuk baca selanjutnya

baca sikit..

"....Rasanya ramai di antara anda dah tahu pasal projek Pusara Negara yang diletakkan bersebelahan dengan Tugu Negara. Dan kos peruntukan yang diberikan untuk projek ini adalah sebanyak RM 70 juta. Cuma satu kami nak anda jawab. Perlukah?

Dalam projek Pusara Negara tersebut, akan disediakan 500 lubang kubur untuk VIP-VIP negara. 250 lubang kubur untuk orang Islam dan 250 lagi untuk VIP yang bukan islam. Kalau nak dihitung, satu lubang kubur bermakna RM 140,000 seorang. Banyak tu. Tempat nak mati je pun.
Sekali lagi kami ingin menyuarakan kekecewaan kami terhadap projek-projek kerajaan yang kami anggap, tidak relevan dalam waktu ini. Sudahla hidup membebankan rakyat, nak mati pun pun rakyat juga kena tanggung ke? Tak boleh fikir ke semua ini?..."

makk...lagi banyak dari duit dalam simpanan kat bank!huhu


Dah baca anda nilai lah sendiri.Kerana di Malaysia ni,tiada apa yg mustahil!=)

Semoga pintu rezeki aku & kalian diperluaskan..amin..


Scandal Korea


Dah lama takde cite korea yg menarik hati,tiba2 muncul lagi...weeee~bestnyer!
Meh la cik naufar nak paste sinopsis cite ni
SUNGKYUNKWAN SCANDAL

This drama is set in Sungkyunkwan University during the Joseon era, revolving around the exploits and love stories of four youths. When her younger brother falls ill, Kim Yoon Hee enters the school in his place disguised as a boy in her desperation to find a way to support him, and becomes friends with Lee Sun Joon, extremely rich and the brains of the gang, playboy Goo Yong Ha and the rebellious Moon Jae Shin.

Bab2 disguised ni yg part best sebenarnya,salah satu sebab kena tengok cite ni sampai habis.hehe.
Cite di tayangkan kat CHANNEL 391 KBS World.Set
 Isnin & Selasa 
9.02pm-10.13

Siap ada repeat tuk kedua-dua episod pada hari ahad dari jam 8.40am sampai la ke 11.15.ngehs~~
 
Sungkyunkwan Scandal Cast :

Micky Yoochun sebagai Lee Sun Joon(Hero)

Song Joong Ki sebagai Goo Yong Ha

Yoo Ah In sebagai Moon Jae Shin

Park Min Young sebagai  Kim Yoon shik/Hee (Heroin)


Tapi masa cik naufar tulis entry ni,citeh dah tinggal lagi 4 episod da..nak abih dah..Takpe,yg rajin online,leh tengok kat MYSOJU.COM..^_^


p/s: Semoga Korea utara & Korea Selatan tak jadi perang.aminnnn