Thursday, October 14, 2010

Mantera membakar sedih seorang Aku~



Aku mengertap gigi,bukan kerana terlalu marah.Aku sedang cuba menahan emosi sedih,aku tak mahu lagi membiarkan air mata ku mengalir hanya kerana sesuatu yg sia2.Sudah aku khabarkan pada Tuhan yg aku akan redha.Namun kepedihan itu tak mampu lagi aku rungkaikan.

Aku bukan mahukan hadiah mahal
Aku hanya inginkan kasih sayang
Yang tiada cagaran dunia

Aku hanya mahu dihargai,bukan dicari segenap salah untuk murka

Aku hanya yang biasa
Bukan berkilau bak delima

Aku tak mahu terhenti disimpang duka
Segala aku lakukan dalam memberi cinta
Aku ikhlas 

Walau ku cuba berkali-kali
Bukan aku yang dicari

Aku titip redha kerana Dia tahu mengapa aku disini

Amirah Muhajir
14102010
3.00pm





4 comments:

E.d.Y said...

jgn sedih2..chill..:)

BUJANG SUSAH said...

ermmm.. lain mcm jer bunyinya nih..

Encik MamaT said...

sabaq... ceria2 selalu... :)

Amirah Muhajir said...

encik mamat>>makasih2...=))