Friday, October 29, 2010

Mimpi pelik

Malam tadi merupakan malam paling panjang.
                        
Sebab malam tadi,setelah aku tidur dengan lena

Aku bermimpi yg aku sedang tidur..Dalam posisi yang sama,tempat yang sama..
Dalam mimpi tersebut..[mimpi ke-2],aku tidur dan aku mimpi jugak
Konfius!
Mimpi ngeri pulak tu..
Aku bermimpi '6 Jahanam' sedang cuba mencuri masuk kedalam rumah.Niat mencuri lah kan namanya?Tapi yang aku pelik,semasa tgh berlawan2 dgn '6 Jahanam' tu,pencuri2 tu makin lama makin mengecil.Dan akhirnya aku berjaya mengalahkan mereka setelah berhempas pulas seorang diri.Bab yang ngerinya,huhu,,ngeri2,takyah lah cite.Tapi last sekali,aku selamat,keluarga aku juga selamat.
Tiba-tiba

~
~
Aku terjaga dari mimpi
Kerana aku tersedar ada orang sedang cuba memecah masuk rumah

Jalan cerita sama seperti apa yang aku mimpikan baru sekejap tadi
Berdebar2
Rupa2nya yang ini juga sebuah lagi mimpi

Kemudian
Aku tersedar
~
~
~
Alhamdulillah.....Yang ni bukan lagi mimpi,tapi realiti.^_^


NH>>Mungkin mimpi ni berkaitan dgn trauma dan fobia sebab banyak kali dah pencuri2 try pecah masuk rumah tapi tak berjaya.Semoga Allah Ta'ala melindungi keluargaku.amin

Monday, October 25, 2010

Semoga cepat sembuh ye sayang!!

 Aisy Ar Razi diserang athma.Sedih teramat.Pagi2 lagi adik dah bawak aisy pergi klinik.Badan panas.
Kecil2 lagi Allah dah uji Aisy.Semoga Aisy kuat ye!Oyang,nenek,paklong,makngah,mama,papa n makcu will always by ur side.Sedihnye.Tak dapat bayangkan aisy yg sekecil itu dah kena sedut gas 4 athma .

Mula2 Aisy batuk-batuk.We thought jangkit batuk dari makngah nyer ni.Lagipun cuaca jerebu yg melanda mungkin salah satu faktor.lagi satu,bulu kucing.Ibu decide nak hantar semua kucing2 ke rumah Aunty Poh.Selamat tinggal dadu,kuma,kumon,tina n termasuk anak2 kucing seramai 5 ekor yg baru lahir.Sedih.Tapi takpe,demi Aisy.
Hari ni mud sedih sepanjang hari..Main2 gurau2 ngan kucing2 kesayangan buat kali terakhir...-_-



Get well soon Aisy Ar Razi...Makngah luv you so much!!!

Thursday, October 21, 2010

CONTEST MORTAR BOARD : The Beauty In Ugly



Once again,join contest  Encik Zaidi dalam bentuk gambar pulak...^_^
Korang dah join belum?Kalau belum join cepat2,tarikh tutup sebelum 31 oktober 2010.Masih ada 10 hari lagi.sempat2...hehe^_^


Setelah beberapa jam membelek2 gambar2 konvo yg cantik2,akhirnya gambar ni terpilih oleh diri sendiri dengan jayanya.

Suka tengok muka2 kat sini,terserlah kegembiraan diwajah masing2..Setelah hampir 2thn di matrik PJ & 4thn di Gombak,akhirnya penantian kami berakhir disini.

Alhamdulillah dapat jugak saya join contest gambar konvo terunik.Hehe.Unik ke?Wallahua'alam.
Menang kalah lain cerita,asalkan  dapat sama2 memeriahkan lagi contest serba best ni.Sama2 share AURA gembira untuk semua graduates seMalaysia.

Tag pulak..hehe

Yang jadi mangsa kali nih~


.Dapat tag sikit je,yg tak tertag pun leh join .Mana tahu rezeki korang kan?




Wednesday, October 20, 2010

Apa khabar Malaysia sekarang??

Astaghfirullahalazim!Apa nak jadi dengan negara Malaysia?
Atau lagi best
Apa nak jadi dengan negara yg semua tahu kononnya Islam adalah agama rasmi

Kalau agama rasmi,pakaian rasmi jugak ke?
 
Buka lah hatimu wahai umat Muhammad SAW!

Jangan hanya buka minda
 
Kalau hanya buka minda,semua benda terbuka

Yang lagi terbuka 
mulut lelaki2 durja kan dunia
 
Semoga kita semua mendapat hidayah dari Dia
 
Itulah dah pesan banyak kali
 

Perlu diingat pemimpinlah yang bertanggungjawab menentukan halatuju dan dasar negara yang diperintahnya. Jika baik pemimpinnya, maka baiklah negara dan rakyatnya. Dan jika sebaliknya, maka rosaklah negara dan rakyatnya.
 
Malas nak komen banyak,amek sikit dari blog Encik Pria Malaya



Oleh: Pria Malaya

BIADAP!..rupanya kalimat di dalam perkataan arab itu adalah merujuk kpd junjungan besar nabi kita, Muhammad SAW!..umat yang cinta akan kekasih Allah ini seharusnya tidak meredhai kemungkaran ini..



Baca selanjutnya di [SINI]
Baca biar habis okeyhhh...

Updated:MISI KEMANUSIAAN AQSA2GAZA

2 jam lalu..semua van naik kapal di port latakia. suasana sgt meriah. konvoi sdg pecahkn tembok kemanusiaan Gaza!
via twitter En. Azmi Katiman

Monday, October 18, 2010

Updated:MISI KEMANUSIAAN AQSA2GAZA


Palestinkini TERKINI: 

Berita terbaru yang diterima , kapal yang membawa ahli konvoi dijangka tiba lewat kerana keadaan cuaca yang amat buruk dan ia dijangka tiba di Latakia pada jam 8 pagi (waktu tempatan ) hari ini. Justeru, segala perancangan telah lewat 24 jam dari yang asal.

Kongsikan perkembangan terbaru ini dengan rakan anda. 

Maklumat ini amat penting untuk kita merasai pengorbanan ahli konvoi ini walaupun dari jauh


Perjalanan akan memakan masa 18 Jam. Kapal komersial yang membawa semua sukarelawan konvoi seramai 400 orang dan sejumlah 150 kenderaan lebih beserta bantuan untuk Gaza. Kapal Insya Allah akan melalui sekitar kawasan Mavi Marmara diserang tentera laut rejim Zionis Israel pada 31 Mei 2010 yang lalu. Doakan keselamatan mereka dari sebarang serangan rejim Zionis. Allahuakbar !!!

 

(Status ditulis14 Jam yang lalu)


Saturday, October 16, 2010

CONTEST MORTAR BOARD : The Beauty In Ugly "


Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim...
Klik pada gambar untuk keterangan lanjut tentang contest ini...^_^



Terasa mau join contest pulak..Kebetulan contest keluar after dah konvo dgn jayanya.Alhamdulillah.Thanks to TUAN PUNYA BLOG  
yang adakan contest best punya ni.
  
Ucapan ni tentulah saya tujukan khas buat encik  Edy aka selaku pembuat contest ini n buat semua graduates IIUM n seanteronya.

Mabruk,Edy umpama menerima helaian tanggungjawab seorang manusia.Tertafsir sudah doa mereka.Kini bermula seribu langkah membuka jalan hidup yang lebih luar biasa.Umpama Hajar membilang dahaga,akhirnya bertemu makna.


Last sekali saya nak ajak kawan2 blogger join contest serba best ini:













Jom!!Join contest.Tarikh tutup before 31 Oktober 2010.Kepada siapa2 yg tak tertag pun leh join gak tau..Kalau takde gambar konvo or belum konvo,bagi ucapan cam saya ni pun boleh...^_^

::All the best!!::


Thursday, October 14, 2010

Mantera membakar sedih seorang Aku~



Aku mengertap gigi,bukan kerana terlalu marah.Aku sedang cuba menahan emosi sedih,aku tak mahu lagi membiarkan air mata ku mengalir hanya kerana sesuatu yg sia2.Sudah aku khabarkan pada Tuhan yg aku akan redha.Namun kepedihan itu tak mampu lagi aku rungkaikan.

Aku bukan mahukan hadiah mahal
Aku hanya inginkan kasih sayang
Yang tiada cagaran dunia

Aku hanya mahu dihargai,bukan dicari segenap salah untuk murka

Aku hanya yang biasa
Bukan berkilau bak delima

Aku tak mahu terhenti disimpang duka
Segala aku lakukan dalam memberi cinta
Aku ikhlas 

Walau ku cuba berkali-kali
Bukan aku yang dicari

Aku titip redha kerana Dia tahu mengapa aku disini

Amirah Muhajir
14102010
3.00pm





Updated:MISI KEMANUSIAAN AQSA2GAZA





TERKINI : Alhamdulillah. Its official. Kevin just announced that Egypt has given the go ahead for us to sail to Al Arish. All 150 vehicles & 400 volunteers from 30 different countries carrying USD 5 million worth of medical & school aid. Our ship should depart Cyprus anytime soon for its 12 hour sail to Latakia.

TERKINI : Mesir beri kebenaran untuk memasuki Al-Arish. Pihak VP5 adakan sidang akhbar di kawasan kem. Insya Allah kapal yang membawa konvoi akan sampai bila-bila masa.

Kumpulan aktivis pro-Palestin merancang untuk menghantar flotila kapal bagi mencabar sekatan tentera laut Israel ke atas Genting Gaza seawal Februari depan dalam percubaan kedua seumpamanya dalam tempoh kurang setahun. Antara kumpulan yang merancang untuk menyertai flotila pada Februari depan ialah badan kebajikan Isla...m Turki, IHH yang menaja pelayaran Mavi Marmara pada Mei lalu.

"I just cannot stay at home and do nothing!" jelas Tony peserta konvoi VP5 dari Ireland bila bercakap tentang nasib anak-anak Gaza.

 

Layari ;

Blog Rasmi Misi Kemanusiaan AQSA2GAZa

http://palestinkini.info/ 

Wednesday, October 13, 2010

MISI ANTARABANGSA KONVOI AQSA2GAZA

Untuk maklumat lanjut mengenai konvoi AQSA2GAZA,anda boleh klik di [SINI]

Sehingga kini (11/10/2010), konvoi telah pun
berada di Syria menunggu 'lampu hijau' daripada Kerajaan Mesir untuk melayari selat Al-Arish iaitu laluan Mavi Marmara untuk menuju dan
memasuki Gaza.


...
Laporan lanjut mengenai misi ini, sila layari http://www.aqsa2gaza.blogspot.com/
twitter @azmikatiman (salah seorang sukarelawan misi), dan untuk
laporan semasa boleh diikuti di Radio IKIM.FM pada jam 10 malam setiap
hari.

 

Saya said:

Walaupun kita tak dapat kesana,marilah kita sama-sama berdoa untuk kesejahteraan mujahid mujahidah Palestin dan juga konvoi ini dipermudahkan jalan oleh Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.


Berkempen dan menghebahkan kepada sahabat2 yang lain,kempen dalam FACEBOOK,digalakkan menukar gambar profile kepada yang ini..

TAKBIR!!

ALLAHUAKBAR!!

Monday, October 11, 2010

Al-Fatihah

Tanpa sedar saya mengalirkan air mata bila terlihat senarai nama mangsa kemalangan maut yg melibatkan 2 Bas,3 kereta dan sebuah van yang terjadi lewat petang semalam.Innalillahi wa inna ilaihi rojiun.Dari Dia kita datang,kepada Dia juga kita kembali..Al-Fatihah kepada mangsa yg meninggal dunia,termasuk adik sahabat saya Azizi Ajiz yang dalam perjalanan menaiki Bas Express Delima dari Melaka ke Kuala Lumpur.Saya tak dapat bayangkan betapa sedihnya keluarga mereka.Saya menangis.Baru beberapa hari lepas arwah yg tidak pernah pun menegur saya di Facebook menucapkan tahniah atas convocation saya.Arwah baru berusia 20 Tahun,sedang bekerja sementara menunggu result STPM.Arwah anak ketiga daripada 5 beradik.Rumah keluarga nya hanya berselang 2 buah rumah dari rumah saya.

Bercakap pasal bas,saya memang cukup anti pada driver bas2 express yang bawak laju2.Mentang2 bas tu besar,mereka macam pentingkan diri dan tak hiraukan kenderaan-kenderaan yg lebih kecil..

AL-FATIHAH


Berikut berita yang dipaparkan di media


Saya melihat ada mayat tanpa kepala dan ada yang putus tangan sebaik turun dari bas selepas kemalangan. Keadaan begitu tragis kerana banyak mayat bergelimpangan,” kata Bohari Saikon, 48, saksi kemalangan ngeri menyebabkan 12 kematian membabitkan dua bas, tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan berhampiran Pedas, petang semalam.

Ketika kejadian kira-kira jam 6.50 petang itu, Bohari dan 43 rakannya yang juga bekas tentera menaiki bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam perjalanan pulang ke Melaka selepas mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam majlis perhimpunan raksasa Persatuan Bekas Tentera Malaysia di Bukit Jalil, jam 2.30 petang.

Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, sebuah bas ekspres dari Melaka tiba-tiba terbabas dan melanggar penghadang jalan sebelum merempuh tiga kereta, sebuah van dari arah bertentangan termasuk bas dinaikinya.

“Bas ekspres itu terbalik merentangi jalan. Pemandu bas yang saya naiki juga parah akibat rempuhan bas terbabit yang mengenai bahagian pemandu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, sebaik kejadian, dia dan rakannya turun dari bas untuk membantu menyelamatkan penumpang yang selamat.

“Keadaan begitu menyayat hati apabila saya lihat banyak mayat bergelimpangan. Saya tidak dapat pastikan mangsa yang terbunuh itu menaiki kenderaan apa kerana keadaan bas ekspres, tiga kereta dan van itu remuk. -hmetro


Mangsa terkulai di tingkap van

Sebaik keluar dari kereta, saya terlihat mayat pemandu van putih terjuntai dari pintu tingkap, manakala bas Delima Ekspress pula melintang di tengah-tengah lebuh raya sehingga menutupi ketiga-tiga lorong laluan menuju ke Alor Gajah.
“Selepas itu, saya berlari ke arah bas berkenaan dan terlihat pemandu kenderaan itu mengadu kesakitan akibat tangannya tersepit di stereng. Saya cuba membantu tapi tak berjaya,” kata Md Razel Sarmin, 38, pemandu Honda City yang terselamat dalam kejadian itu.

Ketika ditemui di tempat kejadian, Md Razel berkata sejurus sebelum insiden yang meragut 12 nyawa itu, dia bersama tujuh ahli keluarganya yang lain sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Pontian, Johor, apabila bas Delima Ekspress itu tiba-tiba ‘terbang’ dari arah sebelah.

“Saya sempat melihat bas itu merempuh Toyota Hiace, sebelum van itu berpusing beberapa kali. Saya berjaya mengelak dari terkena bas itu, namun tetap tergesel dengan van berkenaan.

“Sejurus selepas itu, saya terus menghentikan kereta dan meminta semua tujuh ahli keluarga lain keluar. Selepas itu, baru saya perasaan terdapat banyak mayat bergelimpangan di atas permukaan jalan,” katanya.

Seorang lagi saksi kejadian, Abdul Hamid Hassan, 55, pesara tentera dari Taman Rambai Jaya, dekat sini, yang turut terselamat dalam kejadian itu berkata, sejurus sebelum kemalangan itu, dia sedang tidur.
Abdul Hamid yang duduk di bahagian depan bas berkata, dia hanya tersedar apabila bas berkenaan berhenti secara mengejut.

“Sebaik membuka mata, saya terperanjat apabila melihat sebuah bas sedang melintang di tengah jalan dan ketika itu juga pemandu bas kami cuba mengelak. Bagaimanapun, bas tetap terlanggar bahagian belakang kenderaan itu.

“Saya dimaklumkan tiga rakan kami termasuk seorang wanita yang sedang mengandung cedera dan terpaksa dikejarkan ke hospital,” katanya sambil mengakui turut melihat dua mayat terbaring di atas jalan termasuk satu tanpa kepala.-BH




Lokasi : Kawasan Angin Lintang, sebelum Restoran Jejantas (jika ke Selatan).

Punca : Sebuah bas berwarna merah. (Ekspress Delima)

1. Bas tersebut ke utara, di lorong laju
2. Lorong ke utara penuh dengan kenderaan
3. Depan, belakang dan tepi bas ada kenderaan
4. Saksi kata dia nampak bas terhoyong-hayang. Saksi melajukan kenderaan kerana memang mengagak sesuatu yang buruk berlaku.
5. Kecuali Honda Accord di belakang saksi, semua kenderaan sarat dengan keluarga
6. Ketika saksi dan bas tersebut berselisih, bas tersebut sudah miring (tilted) ke kiri.
7. Bas tersebut merempuh masuk (dalam keadaan sudah miring 90 darjah) ke lorong ke selatan dan terus melintang jalan.
8. Dari cermin pandang belakang kelihatan asap memenuhi jalan. Apa-apa yang di belakang (immediately beyond) bas tersebut tidak kelihatan (not visible)
9. Saksi sempat terlihat objek berwarna hitam terpelanting akibat dirempuh muncung bas. Mungkin kereta (mungkin!).
-saifulmerah










Sunday, October 10, 2010

10102010




Teringin nak buat sesuatu yang bermakna.Inilah harinya.tapi tak tahu apa benda yg nak dibuatkan.Akhirnya blog jadi mangsa..ngehs**

Blog bersalin kulit,bertukar wajah kerana azam baru..hehehe..~
Ini saya yang baru,eh silap ..blog saya yang baru..Dah setahun lebih rupanya aktiviti berblogging ni.

Alhamdulillah,banyak dah ilmu yang dapat dikongsi kan bersama kawan2 blogger n pembaca..Mekasih sume kepada yang sudi melapangkan diri melawat blog NH,memberi komen,pendapat n berkongsi ilmu dgn NH.Diharapkan semoga ukhwah yang tercipta ni berkekalan hingga ke syurga.InsyAllah...amin.

Alhamdulillah selesai



"Aku ingin berbicara tentang cinta.Cinta buat Tuhanku yang takkan pernah padam.Cinta buat penghuluku,Muhammad SAW.Cinta buat ibu bapaku dan usrahku yg takkan putus.Cinta buat guru-guruku yang ilmunya membuat aku menjadi seorang manusia berpedoman.Cinta sahabat yg kudamba saat ku lelah dalam hidup.Cinta seorang lelaki bergelar Encik Muslim Husband.Cinta buat bakal2 khalifahku yang soleh dan solehah.Saat cinta itu datang,akan kupeluk ia,akan ku pegang hati2 mereka agar sentiasa berada dekat dengan hatiku.Aku ingin bersama mereka yg kucintai hingga kuhela nafas ku yang terakhir.Amin'...

Saya dah grade!Alhamdulillah.
Thanks to Allah Ta'ala for giving me this opportunity for being here.Every single prayer I make a pray to meet this day.Alhamdulillah I made it! Cam tak caya lak naik stage yg serba luas tu..ngehs**

Special time kasih buat ibu,nenek,abang n adik yg meraikan hari bersejarah.Mula2 mmg taknak tulis entry konvo,tapi memandangkan saya yg sangat bersemangat membebel malam ni n ni je idea best yg masuk dalam kepala ..ngehs**

N Alhamdulillah sume org yg saya sayang ada disamping meraikan hari bahagia.KECUALI my younger sista,adik ipar ngan anak buah tercinta tak dpt hadir.hukhuk~Seb baik dah tangkap gambar siap2.
I LUV MY FAMILY!gugugu~~


Tahniah juga buat my beloved friends sejak  first year di uia Gombak yg selamat bergraduasi.Jaa aka aton omar,hidayah hussin,farahiyah azmi,daia anuari,farah liyana,sakinah,ana,wan syazana,sam n semuanya.Special congrates for hidayah hussin sebab dapat Overall best student award for Kuliyyah of Economic n Mgt Sciences(agak skema ayat saya).4 tahun bersama,banyak betul kenangan suka duka ,pahit manis,masam masin yang saya takkan lupa.=))


Ok,sekarang masa tuk mencari kerja halal.Dengar2 KPLI akan dibuka Isnin depan,11 Oct 2010.
Masa untuk berjuang habis-habisan.ngehs**~~