Tuesday, September 28, 2010

Dia seorang pejuang


Rindu Atuk.Masa Arwah meninggal adalah masa yg paling aku kesalkan.Seminggu sebelum atuk pergi,aku hanya sekadar dapat melihat atuk dari jauh.Atuk terlalu sibuk,amat sibuk.Atuk sibukkan diri untuk perjuangan dalam agamanya.Agama yg sangat dicintainya.Aku masih bersedih kerana tak dapat melihat dan memeluk atuk ketika saat akhirnya.Sedangkan aku begitu rapat dengan atuk.Tapi aku lega kerana pemergian atuk kerana memenuhi kewajipan agama.Atuk rebah ketika sedang menyampaikan ceramah dalam kesibukkan kempen pilihanraya 14 tahun lalu..Setiap kali aku melihat kempen pilihanraya,pasti aku menangis rindukan atuk.
Selepas pemergian atuk,calon pilihanraya digantikan dengan sahabat arwah,Ustaz Minhat Mamut,dukacita pilihanraya tetap berpihak kepada calon Barisan Nasional, YAB A.Perumal.Sedangkan dikampung aku,rasanya masjid2 masih dipenuh dengan orang Islam,kenapa ada dikalangan mereka yang masih memilih pemimpin yg bukan termasuk dalam agama mereka sendiri?Kelak diakhirat pasti akan ditanya oleh Tuhan,mengapa kita memilih pemimpin yg bukan beragama Islam,agama yg benar.wallahua'lam


Al-Fathihah buat arwah atuk,juga buat arwah Chek Hashim Sulaima, ADUN Galas yang telah kembali ke ramatullah sekitar jam 4.30 petang, 27 September 2010. Semuga Allah mencucuri rahmat ke atasnya dan digolongkan dalam golongan hamba-Nya yang bertaqwa
 
 
**Aku bukan penyokong tegar mana2 kumpulan politik,aku hanya seorang hamba,aku memilih pemimpinku kerana agamanya,insyAllah.**

2 comments:

E.d.Y said...

alfatihah untuk arwah..:(

Amirah Muhajir said...

Edy>>Al-Fatihah..kita semua akan pergi,hanya masa yang ditetapkan belum tiba lagi.