Friday, July 23, 2010

::Ketika aku bergelar seorang pendidik.::





(KISAH I)

Alhamdulillah rezeki,bila seminggu lepas saya datang ke PPD Jasin tuk membuat permohonan menjadi guru sementara,petangnya seorang pegawai PPD menghubungi saya dan menyatakan bahawa saya diterima mengajar sementara di sebuah sekolah menengah.*_*

Sekolah menengah?

Saya termenung panjang.Tanpa apa2 pengalaman mengajar,tiba2 saya harus mengajar pelajar peringkat menengah yg pastinya berbilang kaum dan bermacam2 jenis ragam & perangai.Tapi saya tahu,Allah Ta’ala mengetahui sejauh mana kemampuan saya dan saya yakin dgn Dia. Saya memohon agar Allah sentiasa memberi saya kekuatan untuk menyahut cabaran dan tanggungjawab yg besar ini.

Bagi saya guru bukan sahaja mendidik melalui buku,tapi juga melalui sikap ,moral,tatacara juga keikhlasan kita untuk memberi sesuatu yg berguna kepada orang lain yg amat memerlukannya. Saya rasa bersyukur , akhirnya Allah Ta’ala memilih saya menjadi salah seorang pendidik walaupun tiada pentauliahan dalam bidang ini.Dah lama saya mengimpikan untuk menjadi seorang pendidik,walaupun dalam bidang yg jauh berbeza dari bidang seorang guru.Saya yakin walaupun saya langsung tiada pengalaman mendidik,tapi saya ada sepenuhnya pengalaman dimana saya duduk di kerusi seorang pelajar.saya yakin dan faham apa yg diperlukan oleh seorang murid krn saya juga salah seorang dari mereka.

Hari pertama setelah diberi penerangan oleh GPK 1,saya kembali mengulangkaji apa yg telah saya tinggalkan bertahun2 lamanya.Alhamdulillah ilmu yg telah saya pelajari dulu dapat dipraktikkan kembali untuk disampaikan pada anak2 murid saya nanti.
Bila diberitahu oleh GPK1 yg saya akan mengajar mata pelajaran BM bagi tingkatan 4 ALFA,kelas pertama dari 6-7 kelas tingkatan empat,hati saya semakin berdebar2.Menjadi seorang guru di sebuah sekolah yg setaraf sekolah berasrama penuh dan mengajar pelajar2 yg tergolong dlm pelajar cemerlang,saya jadi tak keruan.takut,gementar.semua jadi satu.saya takut membuat silap.

Dalam hati, saya hanya berdoa agar diberi kekuatan dan semangat untuk mengajar dan mendidik mereka nanti.

Saya juga ditugaskan mengajar mata pelajaran Pendidikan moral untuk form 3,2 dan 1.Juga mata pelajaran sejarah bagi form 2.bermakna saya akan berdepan dengan pelajar yg berbilang bangsa,kaum dan agama.Mula2 memang agak stress tapi lama-kelamaan saya semakin tidak sabar menunggu untuk memasuki kelas2 yg akan saya ajar nanti..

selamat berkenalan dan menimba ilmu wahai anak2 muridku.Saya cikgu baru kamu....=)
Bersambung ke episod seterusnya….

Jumpa lagi!

Wassalam…(^_^)

2 comments:

farahiah azmi said...

Akak, gud luck. Semoga akak hepi dalam semua pekerjaan akak.miss u.mmuaaah

Amirah Muhajir said...

yah>>macih2...kita dah follow blog yah dah..cewah best tul baca cerita yah..all d best!=)