Wednesday, February 17, 2010

::Aku bersyukur punya sahabat sebaikmu....::



Petang yang hening..syukur dipanjatkan pada Dia yg tak terhingga..Akhirnya petang tadi hujan turun dengan mencurah2..Saya memang terkejut dengan hujan petang ni kerana tak ada tanda2 pun yg hujan akan turun..Alhamdulillah..Sejuk bumi tuhan ni..semoga kita termasuk dikalangan hamba2Nya yg sentiasa bersyukur.

tapi hari ni saya nak tulis tentang sebuah cerita, bila kita sentiasa bersabar atas dugaan dan sentiasa meletakkan diri kita dalam posisi sebagai hambaNya yg lemah dan tahu erti syukur..

Sejak tadika,saya dah punya seorang sahabat baik.Alhamdulillah sejak kecil hingga dewasa kami tetap bersama.Begitu besar nikmat persahabatan yg Allah beri pada saya.Saya kenal sahabat saya sejak kecil,sehingga masuk alam persekolahan,duduk dikelas yg sama dari darjah satu hingga darjah enam.Kami selalu bersaing tuk dapatkan tempat pertama,walaupun saya selalu kalah..hehehe…

Sampai nak masuk tingkatan satu,kami berpakat nak mintak sekolah yg sama.Akhirnya kami berkeputusan tuk menyambung persekolahan peringkat menengah di sebuah sekolah dikelantan.syukur kami masih bersama. Tetap disatu dorm yg sama,kelas yg sama…semuanya sama.tak boleh berpisah seperti belangkas…(^_^)

Tiba masa tuk memilih university idaman..kami sepakat pilih Uia Cuma dalam bidang yg berbeza,saya di ekonomi dan dia di fakulti b.Inggeris..Tapi ku sangka hujan hingga ke petang,rupanya sampai tengahari(erkkk betul ke ni)hehe..Sudah taqdir,akhirnya kami semakin berbeza haluan.Dia sambung belajar dimaktab..Sedih juga masa saat2 nak berpisah tu,maklumlah selama lebih 13 tahun bersama,tup2 akhirnya berpisah..Saya redha kerana saya tahu setiap yg berlaku ada hikmahnya..=)

Diuniversiti,memang ada ramai kawan disekeliling tapi tetap tak sama dengan seorang sahabat seperti dia..sob..sob(tiba2 sedih)….Disebabkan saya ni penyegan dan sangat pendiam(suka senyum jer..hehe),kurang jugaklah kawan saya sebab kurang pergaulan..selama hampir 2 tahun di matrix,saya masih berlum bertemu dengan seseorang yg boleh digelar sahabat..bukan senang nak cari kawan baik yg dapat memahami kita n kita juga dapat memahami dia..Hampir setiap hari juga saya berdoa agar Allah meminjamkan saya didunia ni,seorang lagi sahabat baik..Tapi Allah masih belum memakbulkan doa saya..saya tetap redha dan tahu setiap yg terjadi ada hikmahnya,kan?

Tahun demi tahun,di university,saya masih belum punya seorang sahabat..saya kuatkan berdoa..saya berdoa supaya Allah bagi saya kesempatan walau sekejap untuk merasa kembali nikmat bersahabat dan berukhwah kerana Dia..

Ketika saya ditahun akhir dan disemester akhir,InsyAllah..

Allah Maha Pengasih kerana Dia telah memberi saya seorang sahabat yang terbaik untuk diri..Sahabat yang sentiasa mengingatkan saya pada Dia.Kurniaan ukhwah ini tak terhingga ,sampai kadang2 selepas solat saya akan menangis kerana Allah memberikan sahabat yg tidak ternilai harganya buat saya..setiap perilakunya menjadi contoh buat saya untuk menjadi seorang Muslim yg terbaik..Akhlaknya terpuji, sehingga saya rasa sangat rendah diri bila bersamanya,sehingga saya terfikir kadang2 adakah saya layak untuk bersahabat dengan dia…

Sahabat itu anugerah tidak ternilai dari Dia,dalam ukhwah terbentuk satu rasa ,rasa untuk terus menambah cinta pada Dia..syukur alhamdulillah..


4 comments:

qaseh um masyitah said...

Salam dik,hibanya akak baca entry ini.teringat semasa saat kawan baik akak dah berpindah ke main campus di Gombak yang akhirnya akak pun berhijrah jua...

Benar dik,sahabat yang saling mengingati dan mengasihi kerana Dia amat mahal harganya.

p/s:kak dah tukar 'rumah"

Amirah Muhajir said...

wslm kak masyitah...
setiap yg bertemu pasti ade yg berpisah,setiap perpisahan pasti ade rinu...hehe..

p/s:blog akak cantek la...suka2..=))

Amirah Muhajir said...

eh silap..bukan rinu..tapi rindu....ngehs**=))

mutiaratihani said...

susah nak jumpa orang yang mhargai sahabatnya...:)