Tuesday, February 23, 2010

::Kenapa..kenapa Malaysia??::



Aku hanya ingin cinta yang halal,
Di mata dunia juga akhirat,
Dengan dia tentu atas izinNya,
Ketika cinta bertasbih,
TUhan beri aku cinta,
Ku menanti cinta




Sebelum bermulanya fasa kedua untuk assignment yg menanti tuk di hantar,saya menghabiskan sedikit masa menonton cerita yang saya tunggu2 selama ni..Sebuah ceritera hasil karya Habiburrahman E-l-Syerazy.Sejak 3 tahun lalu,saya telah jatuh cinta dengan hasil karya hebat sasterawan dari bumi Indonesia ini.Karyanya begitu menyentuh hati dan sangat terkesan dijiwa sesiapa pun yang membaca dan menyelami nya.

Setelah abis nonton kcb, sambung pulak ke kcb 2..kemudian kcb 2 tu diulang banyak kali terutama di bahagian khairul azam meminta pak kiyai menkhitbah seorang muslimah untuk dirinya..part tu mmg sangat terkesan dihati sebagai conclusion kepada cerita yg sehebat ini.alhamdulillah masih ada karya2 seperti ni dihasilkan oleh mereka2 yg berbakat luas dalam bidang ni.

Beberapa minggu kemudian saya terlihat satu poster seperti diatas..dari Facebook Saudara Ridhuan Hussin(uia).Anda pun boleh conclude sendiri tanpa saya menghuraikan apa yg ingin diberitahu disini..huhu..

Sedih2 kenapa mesti ada diskriminasi?Kenapa..kenapa..taperlah,takde lah rasa frust sangat coz dah dapat tengok kat latop..huhu..thanx kepada kengkawan yg bagi cite ni kat saya..syukran,mecih,thanx,toche,arigato…bla..bla…

Tapi masih pelik lah kenapa cite agama camnih tak lulus kat mesia?saya pelik la..pelik..n sangat pelik....kenapa Malaysia?kenapa?ha...sila jawab cepat~~huhu

Wednesday, February 17, 2010

::Aku bersyukur punya sahabat sebaikmu....::



Petang yang hening..syukur dipanjatkan pada Dia yg tak terhingga..Akhirnya petang tadi hujan turun dengan mencurah2..Saya memang terkejut dengan hujan petang ni kerana tak ada tanda2 pun yg hujan akan turun..Alhamdulillah..Sejuk bumi tuhan ni..semoga kita termasuk dikalangan hamba2Nya yg sentiasa bersyukur.

tapi hari ni saya nak tulis tentang sebuah cerita, bila kita sentiasa bersabar atas dugaan dan sentiasa meletakkan diri kita dalam posisi sebagai hambaNya yg lemah dan tahu erti syukur..

Sejak tadika,saya dah punya seorang sahabat baik.Alhamdulillah sejak kecil hingga dewasa kami tetap bersama.Begitu besar nikmat persahabatan yg Allah beri pada saya.Saya kenal sahabat saya sejak kecil,sehingga masuk alam persekolahan,duduk dikelas yg sama dari darjah satu hingga darjah enam.Kami selalu bersaing tuk dapatkan tempat pertama,walaupun saya selalu kalah..hehehe…

Sampai nak masuk tingkatan satu,kami berpakat nak mintak sekolah yg sama.Akhirnya kami berkeputusan tuk menyambung persekolahan peringkat menengah di sebuah sekolah dikelantan.syukur kami masih bersama. Tetap disatu dorm yg sama,kelas yg sama…semuanya sama.tak boleh berpisah seperti belangkas…(^_^)

Tiba masa tuk memilih university idaman..kami sepakat pilih Uia Cuma dalam bidang yg berbeza,saya di ekonomi dan dia di fakulti b.Inggeris..Tapi ku sangka hujan hingga ke petang,rupanya sampai tengahari(erkkk betul ke ni)hehe..Sudah taqdir,akhirnya kami semakin berbeza haluan.Dia sambung belajar dimaktab..Sedih juga masa saat2 nak berpisah tu,maklumlah selama lebih 13 tahun bersama,tup2 akhirnya berpisah..Saya redha kerana saya tahu setiap yg berlaku ada hikmahnya..=)

Diuniversiti,memang ada ramai kawan disekeliling tapi tetap tak sama dengan seorang sahabat seperti dia..sob..sob(tiba2 sedih)….Disebabkan saya ni penyegan dan sangat pendiam(suka senyum jer..hehe),kurang jugaklah kawan saya sebab kurang pergaulan..selama hampir 2 tahun di matrix,saya masih berlum bertemu dengan seseorang yg boleh digelar sahabat..bukan senang nak cari kawan baik yg dapat memahami kita n kita juga dapat memahami dia..Hampir setiap hari juga saya berdoa agar Allah meminjamkan saya didunia ni,seorang lagi sahabat baik..Tapi Allah masih belum memakbulkan doa saya..saya tetap redha dan tahu setiap yg terjadi ada hikmahnya,kan?

Tahun demi tahun,di university,saya masih belum punya seorang sahabat..saya kuatkan berdoa..saya berdoa supaya Allah bagi saya kesempatan walau sekejap untuk merasa kembali nikmat bersahabat dan berukhwah kerana Dia..

Ketika saya ditahun akhir dan disemester akhir,InsyAllah..

Allah Maha Pengasih kerana Dia telah memberi saya seorang sahabat yang terbaik untuk diri..Sahabat yang sentiasa mengingatkan saya pada Dia.Kurniaan ukhwah ini tak terhingga ,sampai kadang2 selepas solat saya akan menangis kerana Allah memberikan sahabat yg tidak ternilai harganya buat saya..setiap perilakunya menjadi contoh buat saya untuk menjadi seorang Muslim yg terbaik..Akhlaknya terpuji, sehingga saya rasa sangat rendah diri bila bersamanya,sehingga saya terfikir kadang2 adakah saya layak untuk bersahabat dengan dia…

Sahabat itu anugerah tidak ternilai dari Dia,dalam ukhwah terbentuk satu rasa ,rasa untuk terus menambah cinta pada Dia..syukur alhamdulillah..


Saturday, February 13, 2010

::For the rest of my life::



Setelah lagu opick,saya suka pula melayan lagu maher zain..Semua lagunya mengalunkan melodi indah yg sentiasa mengingatkan kita kepada kebaikan..

Huhu..tak tahu nak tulis entry ape,jadi saya copy je lirik lagu ni kat pakcik Google..Dengar sekejap lagu ni terus rasa mendayu2,cam diawangan pula..ngeh3~~~

For The Rest Of my Life
Album : thank you ALLAH
Munsyid : maher zain


For The Rest Of my Life-Maher Zain

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus
I know that deep in my heart..

Credit to the owner of this song,Maher Zain for dis beautiful song....