Posts

Showing posts from September, 2009

Berikan aku RedhaMU

Sewaktu diberitahu hal ini,aku jadi kaku dan pasrah.Terasa sesak nafas kerana menahan air mata ini daripada mengalir dek kesedihan yang teramat setelah aku mengetahuinya..Aku kuatkan diri,kerana yakin setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.Tidak mungkin aku menyalahkan Tuhan kerana aku tahu Tuhan hanya ingin menguji hambaNya yang sangat naif ini.Moga Dia sedikit kekuatan untukku..agar aku mampu melangkah lagi..

Ya Allah berikanlah aku redhaMu andai aku terpesong kerana menyalahkan taqdir yang telah tertulis ini..

::Salam Lebaran dan salam kemaafan::

Image
Maaf sangat2 kepda semua yang memberi kad raya kepada blog ni..lom sempat g nak amik sebab terlalu bz ngan raya+assignment n wedding adik yang dah tak lama lagi,3hb 10 2009..Nak jemput semua pembaca blog naufarhikmah kemajlis perkahwinan adik nanti..
Especially kepada sahabat2 blog yg dah bg kad tapi saya masih tak sempat tengok n amik,ade yg dah tengok tapi tak dan nak mensave kan kad2 yg comel2 n kretif tu..
Ni plak kad dari saya,tapi bukan kad raya sebab saya ni tak reti bab2 mendesign kad2 yg cantik..hehe.Ni kad kawin adik,jgn lupa dtg ek..

::Graduan UIAM syahid di Palestin!::

Image
Sumber: Madam Martinelli
Madam Martinelli's Blog>

Semalam sewaktu menunggu waktu berbuka puasa saya dikejutkan dengan berita Bro. Ubaida M.A AlQudsi syahid di tanah tumpah darahnya Palestine kerana ditembak oleh askar Israel laknatullah. Hampir tercampak telepon yang saya pegang mendengar berita sedih itu.

Saya menalipon rakannya, Herbawi, untuk mengesahkan berita itu. Herbawi dengan nada sayu menjawab, “Yes madam, he was shot by the Israel army 2 weeks ago and passed away yesterday.”

Sepanjang belajar di UIA Ubaida sangat aktif dalam IIUM Al Aqsa Friends Society dan juga nasyid. Beliau baru saja menamatkan pengajian komunikasi dan pulang ke kampung halamannya Palestine selepas selesai peperiksaan semester lepas. Dikatakan bahawa dia ditembak selepas solat di sebuah masjid di kampungnya di bandar Al Khalil (Hebron) semasa melalui sekatan jalan oleh tentera Israel. Pihak Israel menuduhnya hendak menikam salah seorang tentera…. alasan biasa yahudi untuk menghalalkan tindakan mereka m…

::Jawapan Istikharahku::Sekadar pendapat ingin dikongsi bersama..

”Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia sangat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui..”
Al-baqarah; 216
Setiap kali saya membaca ayat ini,hati sata betul2 tenang.benarlah setiap yang Allah jadikan itu ada hikmahnya.

Kita sebagai manusia yang lemah,dijadikan Tuhan punya hak untuk membuat pilihan, tetapi setiap pilihan itu sebenarnya adalah pilihanNYA,yang telah ditetapkan sejak azali.Jangan sesekali kita menyalahkan taqdir kerana pembuat taqdir lebih tahu tentang segala-galanya.

Sebagai manusia ,kita hanya mampu merancang dan merencana,tetapi Dia yang berhak menentukan!

Jika kita kembali pada persoalan jodoh dan istikharah,ada ketikanya kita sedar bahawasanya sesuatu yang mahu ditunjukkan Tuhan tidak selalunya seperti apa yang kita mahukan.

Solat istikharah itu adalah medium terpenting dalam aspek kehidupan manusia sebagai hambaNYa kerana kita sering silap dalam membuat pilihan. Sal…

::Syukur Alhamdulillah!!::

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih..
Syukur Alhamdulillah,barang paling paling penting yang saya telah hilangkan 2 minggu lepas,telah ditemui.

Hanya kerisauan yang sering bertandang dilubuk hati saya ketika kunci bilik saya menghilangkan dirinya.Pagi tadi saya baru sahaja merancang tuk buat report di office sekaligus terpaksa saya relakan diri membayar compound.(Banyak jugak tu).tu lah,cuai sangat.

Sebenarnya penat sudah saya mencari disetiap jalan2 dan tempat2 yang telah saya lewati.di café,bilik tv,di bilik,di tepi2 rumput..^_^,Berkali2 saya bertanya pekerja2 dicafe,sebab hati saya kuat mengatakan kunci saya berada dicafe saat hilang.

Memang benar lah tekaan saya,roommate saya pulang petang tadi memberi khabar gembira.saya betul2 rasa bersyukur yang amat sangat!Kunci yang saya sayangi itu rupa2nya selamat berada dicafe,tergantung..macammaae saya boleh tak perasan..ish..lalainya saya ni!Itulah manusia..sering lalai.

Sewaktu ia hilang,Allah sahaja yang tahu betapa runsingnya hati saya.S…