Posts

Showing posts from July, 2009

::Walimatul Urus::

Image
Tahniah buat sahabatku yang akan melangsungkan perkahwinan pada Sabtu ini,1 hb Ogos 2009.

Kad undangan yang saya terima melalui email,sangat simple tapi seolah merasa keberkahannya.

Sahabatku,betapa beruntungnya dirimu,dikhitbah oleh seorang mujahid di bumi anbiya',sewaktu berada di Mesir...Moga redha Allah mengiringi perjalanan musafirmu sebagai seorang isteri yang solehah,seorang mujahidah dibumi anbiya,juga seorang anak yang solehah buat orang tuamu.
Semoga perkahwinan yang berlandaskan syariat ini diberkatiNya..InsyAllah.amin

Seronoknyer tengok kawan2 dah melangsungkan perkahwinan.
teringin??
Siapala tak teringin nak mendirikan masjid.Seperti kata2 seorang ustaz,bila kita mendirikan masjid ni,kita dah memenuhi separuh daripada syariat Islam..

Untungnya kepada mereka yang telah dipertemukan jodoh masing2..lagikan pula bahagia dengan kehadiran cahayamata yang soleh dan solehah.

Siapalah yang tidak mahukan semua ini..

Semoga diriku dipertemukan dengan jodoh yang dapat memimpinku ke jalan …

::Coretan Unggul Buat Sahabat::

Image
Sahabat,
Indahnya sebuah pertemuan,
Saat aku mengenali dirimu,

Pada kelam,
Dilorong yang suram,
Kau menemani setiap saatku,
memimpin ku,
Menempuh jalan kehidupan,
Disulam rasa rindu dan cinta,
Dalam redha Ilahi,

Pimpinanmu atas nama persahabatan,
Membuatku tersedu dicelah bahagia,

Kerana tulusnya hati,
seorang sahabat sepertimu,
Memintal kuntum setia,
Menganyam dalam jemari halusmu,
Tatkala bersama,
Meski jiwamu sering terjerat,
Oleh kelantanganku,
kau masih mampu mengukir senyuman nan indah,


Maafkan aku sahabat,
Kerana tidak mampu,
Menjadi cermin dirimu,
Menjadi sahabat terbaik buatmu,
Namun aku tidak pernah melupai,
setiap detik kenangan yang tersulam antara kita,

Terima kasih Ya Allah,
Atas anugerah persahabatan ini..

Nukilan teristimewa buat insan bergelar sahabat

Selamat Hari Lahir buat sahabatku, Roslinda Mohd Syariff di markaz ilmu Universiti Darul Iman.



::Sekalung Al-Fatihah buatmu sahabat::

Image
Tepat jam 11.28 am,saya menerima kiriman sms dari roomate saya di UIA berbunyi"K.Sha dah meninggal dunia,pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya.Jenazah arwah akan disembahyangkan di UIA dan terus diterbangkan ke Sabah"..

Ya Allah,jantung saya seperti gugur setelah membaca kiriman sms tersebut.Berderai air mata tatkala mengimbau kembali kenangan bersama arwah sewaktu di UIA.Sangat terkilan kerana waktu ini saya berada di kampung,cuti hujung minggu.

Hari ini,pada Jumaat 17 Julai 2009 sahabat yang pernah sama2 berjuang menuntut ilmu,berkongsi ilmu meninggalkan kami semua untuk selama2nya. Al-fatihah dan doa buat sahabat kami,Allahyarhamah Nur Syafawati, semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh..

Betapa runtunnya hati saya mengenangkan arwah yang merupakan pelajar cemerlang,periang,sentiasa berkongsi ilmu, tidak pernah kedekut untuk mencurahkan idea tatkala sama2 berdiskusi.
Kini dia pergi mendahului kita semua.

Salam Takziah buat keluarg…

::Media oh media,cubalah adil sikit..::

Image
Tersurat..




MANEK URAI 14 Julai 2009 - Dua orang anggota puteri Umno yang diberitakan cedera dalam insiden membaling batu tidaklah membimbangkan dan tidaklah seperti yang digembar gemburkan jam 1 petang tadi oleh pihak BN.

Kedua-duanya, Nurfarahana Abdol Rahman dan Wan Nor Azziela Pawan Teh, 21, dikejarkan ke Hospital dengan kenderaan awam dan diiringi polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata kejdian itu telah berlaku akibat dari provokasi penyokong PAS sehingga mencetuskan ketengangan.




yang tersiratnya..petugas PAS cedera lebih parah dari Puteri amno...tapi kecohnya macam biji mata terkeluar... wartawan arus media perdana..sibuk la keluarkan cerita Puteri cedera...citt cedera tak keluar darah pun...


amno dok buat provokasi media senyap sunyi aje...bisu seribu bahasa...tapi kalau PAS yang mula..kepoh satu malaya...media arus perdana yang hampeh..!!










Kredit Untuk blog Amin menulis...





::Ekonomi Islam dan peranan pemimpin kita::

Image
Untuk semester baru,saya mengambil course yang jarang diambil oleh pelajar business,Issues In Islamic economic. Ramai yang kata,boleh ke saya cope dengan subject yang memang bukan dalam landasan sebagai core in Business.

Bagi saya,nilai dan status cemerlang seorang graduan itu bukanlah berdasarkan CGPA yang sentiasa berada dikedudukan teratas,tetapi pada nilai ilmu yang dituntut diuniversiti. Samada pembelajaran yang diikuti telah merangkumi semua aspek dalam life as a student and Muslim.

Jika saya seorang student in accounting,saya rasa perlu sekiranya saya mempelajari tentang aspek dlm economic & business.Kenapa harus dihadkan ilmu yang ingin kita perolehi semata2 untuk memenuhi credit hour yang telah ditetapkan oleh pihak universiti?

Saya betul2 tertarik dengan bahas ucapan seorang pensyarah dalam kelas Issues in Islamic Economic yang saya ikuti pagi tadi,terutama tentang how to implement islamic economic in the modern life and to mixed it up together with history ttg islamic eco…

::Cara Bertunang::

Image
salam.apakah hikmah bertunang?

adakah bertunang ni ade masa zaman nabi?

jika tidak bertunang,boleh terus nikah ke?

1. Diantara hikmah bertunang adalah :-

a. membolehkan pasangan yang bertunang itu mengenali diantara satu sama lain,

b. ia merupakan cari untuk menilai akhlak, budi pekerti dan minat masing-masing

c. mencari titik-titik persefahaman antara pasangan

Kesemua ini dilakukan mengikut batasan syara' yang dibenarkan. Beberapa disiplin yang dinyatakan oleh Ustaz Zaharuddin semasa pertunangan adalah :-

Quote:Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu’ dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti ini, tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam.

6) Mengurangkan komunikasi yang tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan…

::Catatan terakhir praktikal::

Image

::Musim Buah::

Image
Kalau tiba bulan Jun dan Julai saya pasti rasa seronok.
Kenapa ea…??
Hehe..sebab boleh makan buah banyak2!!

Mula2 ari tu musim buah durian..alhamdulillah rezeki Allah ta’ala bagi..Buah2 durian menjadi..
Selepas pokok durian berbuah,giliran pokok manggis pulak..

Kalau buah durian resamnya gugur kebumi selepas masak,tapi buah manggis dipetik masa dah masak.Itulah seronoknya tinggal dalam suasana kampong, banyak buah2an yang boleh didapati.macam kat kampong saya jugak.hehe.

Tapi pokok manggis ni agak tinggi dan buahnya bukan jenis berbuah rimbun macam langsat atau rambutan.jadi yang tinggi2 tu adalah tugas si hero untuk memanjat dan mengait buahnya. Ada satu keistimewaan buah manggis ni,mudah dipetik atau digalah sebab bila dah cukup masak, tangkainya akan merekah dan menyenangkan ia dikait dengan galah buluh. Tengok tu,setiap kejadian yang Allah Ta’ala jadikan mesti ada hikmahnya.













Selepas pokok manggis berbuah,tibalah giliran pokok rambutan mengeluarkan rezekinya..Wah best nyer kalau musim bua…

::maaf::

Image
Salam ziarah kembali kepada sahabat2 yg sudi lawat blog saya ni.Maaf kerana saya masih belum sempat mengupdate blog sy dgn entry or cerita2 baru kerana sibuk menhabiskan masa tuk siapkan report praktikal yang masih perlu di draft kan pada lecture.Tak lama.Tinggal 3 hari sahaja lagi praktikal saya akan tamat.nampaknya kenalah berhempas pulas mengoreng report kali ni.hihi...

wslm..


::Dimana aurat wanita??::

Image
Kali ni saya nak menulis sedikit tentang aurat wanita Muslim.Memang rasanya saya masih belum layak untuk membincangkan tentang isu sebegini,cuma ingin berkongsi idea serta melontar sedikit pandangan yang saya perolehi daripada org2 disekeliling saya.

Di YouthSays,saya pernah join satu forum tentang aurat wanita muslim.

Saya hairan kerana masih ramai lagi yang menganggap memakai tudung dan menutup aurat bagi seorang wanita itu memerlukan keikhlasan diri.Jika tiada keikhlasan,tiada guna memakai tudung.Benarkah begitu??
Saya pernah mendengar tazkirah daripada seorang ustaz,memakai tudung bukan berlandaskan keikhlasan,mahupun suruhan daripada org tua,ataupun kerana mengikuti undang2 di sekolah/universiti.
Hukum tentang menutup aurat itu telah termaktub didalam Al-Quran:

24:31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka…