Friday, December 4, 2009

::Diskriminasi Kasih::


Diskriminasi kasih itu,kadangkala hampir membuat manusia tersungkur,menangis dan berduka sepanjang hidupnya.Dan manusia sering berteka-teki,apakah kasih itu perlu ada ketawa dan air mata,walau datangnya adalah dari satu yang sama..-Naufarhikmah




Cetusan dari hujung hati yang semakin parah dek kerana ketidakadilan manusia dalam memberi dan menerima...Apakah hanya aku manusia itu?Tidak....!!Sebenarnya semua manusia sebegitu,cuma langkah yang diatur selalu ditafsir benar dan tiada cacat celanya..walau hakikat sebenar manusia bukanlah sempurna..

Mereka sering mengagap kesilapan orang adalah contoh terbaik untuk membuat perbandingan atas segala kebaikan yg mereka taburkan..Itulah manusia,bongkak untuk menunduk sedikit dan mengakui kesilapan diri..

dan kenapa harus ada kasih sayang serta cinta yang bertaraf segi,bulat,tinggi dan rendah?Bukankah anak adam itu dicipta dalam satu susur yang sama,daripada setitis air mani lantas terciptanya moyang Adam Alaihissalam?

Jadilah khalifah yang sentiasa menunduk kebumi,memandang ke langit dengan penuh kehambaan,menghimpun manusia dalam rasa yang sama,tanpa ada perbezaan..
Kerana jika terbit diskriminasi,pasti ada yangg terluka..

aku kembali menangis-

2 comments:

maiyah said...

kita adalah sama di sisi Allah :)

Amirah Tumin said...

kak maiyah...
betul tu kak..=)