Tuesday, October 20, 2009

Ya Allah ...sekilas rasa cemburuku tidak terperi

Terdetik dihati,kenapa bukan aku yang ditaqdirkan berdiri dikalangan mereka..kenapa bukan aku yang ditarbiah dengan sedemikian rupa?

Perjuangan ku jauh berbeza..layakkah aku digelar mujahadah buat seorang Kekasih Yang Abadi?

Layakkah aku dipilih sedang jalan yang ku pilih berbeza dari mereka?

Kesedihan membalut hati kerana bukan aku antara insan-insan itu.Ya Allah,aku benar2 mencemburui mereka.Biarkan aku sebegini jika ianya mahmudah buatku.

Dan kerana bukan aku juga yang dipilih bersama menyulam serasa ilmu dan keberkatan mulia hadiah para nabi.
Adakah kerana aku masih belum cukup sempurna iman dan taqwa,lantas aku dipilih untuk keluar dari jalan mujahadah ini?

Ya Allah,ampuni aku..Bukan aku cuba menyalahkan taqdir.Dimana telah Engkau letakkan diri ini,maka aku telah yakin disitulah tempat terbaik buatku..

Juga buat mereka..mereka ditarbiah untuk mentarbiah.Redha mentafsir langkah di hadapan.Tanda aku sentiasa pasti akan setiap janji Tuhanku,janji Kekasihku,janji Rabku...amin

No comments: