Monday, October 26, 2009

Liku2 terakhir

Ya Allah,sukarnya meniti perjalanan hidup ini jika ianya tanpaMu.Pada siapa lagi harus aku mengadu akan kesedihan,kesakitan,kekecewaaan yg terlindung disebalik hati ini.pada siapa jua ingin kupanjatkan kesyukuran dan meluahkan rasa terima kasih ku jika tanpaMu..

Setiap kejadian yang berlaku itu sesungguhnya adalah isyarat dari Tuhanku. Andai aku masih tidak mampu mentafsirkan makna perjalanan ini,maka aku telah gagal menjadi seorang hamba yang taat pada Tuhan..Allah Ta'ala menghimpun kepelbagaian cerita dalam kehidupan ini,semuanya ada hikmah tersembunyi.Mengapa ianya berlaku dalam hidup, jangan sekali2 menyalahkan taqdir.Kerana pembuat taqdir lebih mengetahu akan semua ciptaanNya.

Segala ujian yang diberi adalah pemberian tidak ternilai oleh Kekasih Yang Abadi.Betapa hebatnya manusia2 yang mampu menerima setiap ujian itu dgn redha,dengan hati yang cekal,iman yang kental.Langsung tak pernah berpaling dari Tuhan malah semakin dekat cinta itu pada DIA..

Dapat dirasa betapa kecintaan Dia pada hamba,kerana ujian itu adalah salah satu tarbiah cinta daripada Yang Maha Agung.
Ko pohon agar aku dapat mencapai cinta itu..Cinta Rabb.
Andai disini berakhir perjalananku,moga taubat yang kutitip ini diterimaNya.Moga aku dijalan yang diredhaiNya..amin..

No comments: