Thursday, September 3, 2009

::Jawapan Istikharahku::Sekadar pendapat ingin dikongsi bersama..

”Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia sangat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui..”
Al-baqarah; 216
Setiap kali saya membaca ayat ini,hati sata betul2 tenang.benarlah setiap yang Allah jadikan itu ada hikmahnya.

Kita sebagai manusia yang lemah,dijadikan Tuhan punya hak untuk membuat pilihan, tetapi setiap pilihan itu sebenarnya adalah pilihanNYA,yang telah ditetapkan sejak azali.Jangan sesekali kita menyalahkan taqdir kerana pembuat taqdir lebih tahu tentang segala-galanya.

Sebagai manusia ,kita hanya mampu merancang dan merencana,tetapi Dia yang berhak menentukan!

Jika kita kembali pada persoalan jodoh dan istikharah,ada ketikanya kita sedar bahawasanya sesuatu yang mahu ditunjukkan Tuhan tidak selalunya seperti apa yang kita mahukan.

Solat istikharah itu adalah medium terpenting dalam aspek kehidupan manusia sebagai hambaNYa kerana kita sering silap dalam membuat pilihan. Salah satu sebab ialah kerana manusia itu selalunya membuat keputusan terlalu mengikut kemahuan diri sendiri.kadang2 diri sendiri pun termasuk dalam lingkungan orang2 seperti ini..^_^

Jadi sebelum kita beristikharah dan meminta petunjuk Tuhan,silalah bertanya dahulu pada hati kita..Ikhlaskah kita meminta?Sudah bersihkah jiwa kita?Oleh itu segeralah persiapkan diri dengan seikhlas hati,sucikan hati dan jiwa kita sebelum kita meminta padaNya.Bersihkan lah jiwa dari segala rasa prasangka dan ketidakyakinan kita pada sesuatu yang akan menjadi pilihan kita kelak.

Pasti ramai yang lebih arif tentang hal ini dan sudah sedia maklum bahawasanya ada banyak cara lain dalam menemui jawapan istikharah itu sendiri.

Allah tu kan Maha Pengasih dan Penyayang,begitu juga cara Dia menunjukkan rasa cinta nya dalam cara yang kepelbagaian.Sesungguhnya Dia lebih mengetahui cara terbaik untuk menyampaikan sesuatu pada setiap hambaNya..Lihatlah sendiri pada kecenderungan manusia itu,juga berbeza-beza.Bukan begitu?

Contoh yang paling dekat boleh dilihat pada mana mimpi yang mendatangi kita.Saya percaya bukan semua orang yang kerap didatangi mimpi.ada juga yang jarang diberi nikmat untuk melalui dan merasai alam mimpi itu sendiri.Ada juga yang melaluinya hampir setiap hari,tatkala malam melabuhkan tirainya,mimpi umpama salah satu penyambungan kepada ceritera kehidupan yang aneh tapi penuh seni.

Kenapa Allah memberi nikmat ini?Pasti ada hikmahnya bukan?

Jika melakukan istikharah,janganlah sesekali membuat pergantungan hanya kepada mimpi. Ingatlah Allah Ta’ala itu Maha Adil.Dia tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNYA.

Mungkin jawapan istikharah itu melalui cara yang kita tidak sedari.Mana tahu dek kerana kebiasaan dan rutin kita membuat sesuatu perkara seperti berusrah dan berbincang,mencari dan mengeluarkan pendapat,kita temui jawapannya disitu.kemudian,ketika itulah gerak hati dan keyakinan pula memainkan peranan penting setelah kita hampir menemui jawapan terhadap sesuatu yang kita inginkan.

Sebagai kesimpulan nya,solat istikharah ini perlu dilakukan dengan seikhlas hati kita.kerana jika kita benar2 memahami maksud istikharah itu sendiri,menyerahkan sesuatu perkara atau urusan kepada Allah Ta’ala .InsyAllah setelah kita mengikhlaskan diri dan melakukan ia dengan sepenuh hati,Allah Ta’ala akan membimbing kita sebagai hambaNya membuat keputusan yang jelas dan betul.
Lebih2 lagi dengan keberkatan dan kemuliaan Ramadhan ini,dalam kita beistikharah,kita dekatkan diri kita pada Dia.

6 comments:

maiyah said...

salam adik.. mmg apa saja kita buat terutama menghadap Ilahi kene seikhlasnya hati.. Allah maha melihat dan mengetahui

ummu Masyitah said...

salam dik,
memang dik.kadang2 kita rasa dialah pilihan yang terbaik,tetapi rupa2nya pilihan Allah ada yang lain lebih baik.namun,kadang2 ia lambat hadir tiba dalam hidup,kerana Allah nak menguji kesabaran kita...

Amirah Tumin said...

salam akak maiyah..
betul tu..
ikhlas tu umpama semut hitam ,diatas batu hita, pada gelap malam..
hanya Allah je yang tahu keikhlasan kita tu ..=)

Amirah Tumin said...

salam ummu Masyitah..
yer la kak,tapi tu lah manusia..tak sedar yang Allah Ta'ala tu nak memberi yang terbaik,kita je yang tak pandai bersyukur...=)

idham said...

askm...Sudah agak lama saya tidak mengunjungi blog ini.Baru hari ini saya menjengah sekejap.Membaca dengan agak cepat kerana kesuntukan masa.Dikesempatan ini Saya mengucapkan "selamat hari raya maaf zahir dan batin semoga bergembira bersama keluarga tersayang" ok bye bertemu lagi

Amirah Tumin said...

idham>>tak apa..selamat hari raya jugak..=)