Wednesday, August 12, 2009

::PART 1 & 2 Episod Kehidupan::(Edited)


(Part 1)
Ibu dan keluarga pihak lelaki telah menetapkan tarikh.Lebih kurang 2 minggu dari tarikh hari itu.aku memang betul2 terkejut.Kenapa terlalu awal?Kenapa perkara sebegini penting,mereka tidak serahkan pada aku sendiri.Aku makin gusar.

Cuma jalan yang ada sekarang ialah bertemu empat mata dengan pihak lelaki,dengan orang yang bakal menikahi aku.Aku tentu tidak mahu segala nya jadi terlalu lewat hanya kerana kenaifanku..

Hatiku belum terbuka untuk menerima seseorang yang bergelar suami. Kerana kurasakan perjalanan hidupku masih panjang,masih banyak perkara yang belum aku lakukan.Masih banyak amanah yang belum aku sempurnakan.

Sewaktu bertemu dengan lelaki tersebut,kami belum saling mengenali diri masing2. Itulah kali pertama kami bertemu secara empat mata.Ya Allah kuatkan hatiku untuk membuat keputusan ini.Mungkin dia bukan jodohku.kerana itu hatiku meronta2 meminta agar perkahwinan ini dibatalkan.

Aku suarakan rasa hati pada dia..Supaya dia juga menarik semula lamaran tersebut.supaya perkahwinan ini tidak terjadi.

Namun dia hanya diam membisu..Serba salah rasanya melukakan hati orang yang berharap padaku.

Dari awal pertemuan lewat petang itu, dia hanya menunduk ke bumi.Langsung tiada suara kedengaran.Aku jadi panik.Ya Allah,apa yang telah aku lakukan ini.Menolak lamaran seorang pemuda yang begitu baik untukku.

Selama perjumpaan tersebut,tiada keputusan dibuat olehnya. Sedangkan aku terus mendesak dan mendesak...

Part 2

Pengantin dah siap ke…?Suara ibu kedengaran dari luar.

Jom keluar sayang,Ibu dah panggil..Tegurnya perlahan. Lantas suami menarik tanganku,lalu aku memaut lengan nya .Segaknya suamiku,berpakaian melayu lengkap bersamping dan berketayap,.

Aku jadi tersipu malu.Kerana inilah kali pertama aku disentuh seorang lelaki yang telah aku sematkan cintanya dihati ni setelah dia memeterai akad nikah dan perjanjian hidup antara kami pagi tadi.

Ketika kami melangkah keluar dari kamar,semua mata hanya tertumpu pada aku dan suami.Ya Allah segannya.Lagikan pula padaku yang sememangnya terlalu malu dan segan bila berhadapan dengan orang ramai. Aku hanya menundukkan pandangan,kadang2 tersenyum memandang makcik2 yang tak henti2 mengusik kami berdua.

Baru kini kurasa bagaimana perasaan nya menjadi raja sehari. Kami sedondon mengenakan busana pengantin Jingga.Dengan perasaan yang gementar kami terus melangkah melewati tamu2 yang hadir pada hari itu..

Tiba-tiba..

Eh nak pergi mana?suami mengenggam erat jemariku,seperti tidak mahu dilepaskan gamaknya..Sekilas aku merenungnya..Baru kusedar,dimatanya telah terbit cahaya cinta ,membuatkan hatiku berdebar2,jantung berdegup laju.Inilah suami yang satu saat dahulu aku hampir menolaknya.Inilah jodoh yang dahulu aku tidak pernah mengenalinya,tiada langsung perasaan untuk jatuh hati padanya.
Kini dia adalah suami ku,InsyAllah yang pertama dan terakhir…


Lantas aku terjaga..dari mimpi yang panjang…sedihnya baru je kawin dah berpisah..huhu

Sengaja saya tak memberitahu dari awal yang cerita ini hanya sebuah kisah dari mimpi2yang mengunjungi si penulis.Mintak maaf banyak2 if ada yang terasa hati.Sekadar berkongsi cerita,kerana kehidupan ni perlu ada masam dan manisnya,tawa dan sedihnya..

Moral dari cerita ini ialah,walaupun kita diberi gerak hati untuk memilih,jalan terbaik ialah melakukan istikharah dan minta petunjuk dari Tuhan.Kita takkan tahu siapakah jodoh kita,hanya DIA Yang Maha mengetahui tentang segala-galanya..=)

10 comments:

idham said...

askm buat penulis "cerita kehidupan"

Kini saya tidak lagi tersesat ke dalam blog ini malah saya terus singgah ke sini untuk cuba menghayati pemikiran dan idea penulisan sudari.maafkan saya kerana saya lelaki dan saya melihat proses kematangan dalam kehidupan saudari baru bermula. kebuntuan dalam membuat pilihan juga merupakan satu proses kematangan.

Sebuah lagi episod kehidupan saudari juga menceritakan sebuah kisah sedih sebenar. Persoalannya Mengapa saudari menolak lamaran seorang pemuda yang dikatakan begitu baik?sedangkan yang baik itulah yang diredhai oleh allah.Mengapa pula hati saudari meronta meminta agar perkahwinan dibatalkan sedangkan nabi mengalakkan umatnya berkahwin.

Mengapa semua cerita ini berlaku kepada lelaki yang malang ini?adakah lelaki malang ini tiada emosi dan hanya mampu tunduk membisu.Secara peribadi saya amat kasihan kepada lelaki ini kerana jiwanya begitu lemah sehinggakan tak mampu untuk menoktahkan sebarang keputusan walaupun didesak oleh seorang perempuan.

He he he! moral daripada cerita ini ialah tiada perasaan cinta terhadap pemuda malang ini sehinggakan hati dan perasaan saudari menolaknya.Mengapa? kerana cinta sebenarnya yang melahirkan perasaan kasih dan sayang untuk menerima lamaran seorang lelaki.Tiada perasaan cinta menyebabkan manusia sanggup melukakan hati dan memainkan perasaan orang? "Maafkan saya kerana cuba mempersoalkan kisah dalam penulisan ini".

Namun ironinya saya akur kisah ini juga boleh dijadikan panduan kepada pembaca semua dalam melayari dunia kehidupan yang bermacam ceritanya Cerita kehidupan sebenarnya tiada kesudahannya sehingga ajal menjelma tiba.kerana dunia ini hanyalah sementara dan kita semua hanyalah tetamu waktu.

Selamat menulis lagi dan kalau ada kesempatan saya akan singgah lagi di sini untuk Cuba melihat berfikir dan menulis.Kerana saya juga sebenarnya sama seperti saudari juga mempunyai kisah ceritanya.

Amirah Tumin said...

walikumsalam...
syukran kerana kunjung lagi ke blog saya yang entah apA2 NI.HEHE

Tapi sebenarnya ada kesinambungan dari cerita ni..

hehe..

ummu Masyitah said...

salam,kadangkala instinct wanita itu tepat.namun seringkali petunjuk Allah itu diperlukan dalam melakukan sesuatu keputusan agar instinct itu selari dengan keredhaan Allah.

Amirah Tumin said...

wslm ummu Masyitah..
betul tu..
kisah ni juga adalah sebahagian daripada rentetan kisah2 dalam kekeliruan kita sebagai manusia biasa dalam membuat pilihan..

neem said...

beshnya kalu kawen. ehehe

idham said...

askm kpd saudari penulis...

alhamdulillah rupanya ini hanya kisah dari mimpi yang sangat signifikan dengan diri penulis..

well done! tahniah dengan peleraian cerita retorik yang sangat menarik, Namun harapan saudari juga berakhir begitu saja .Mimpi hanya mimpi dan Suami yang dicintai rupanya ilusi … He he he! kesian...

Bila membaca sambungan cerita ini saya tersenyum sendirian kerana wanita memang selalu bermimpi...dan tak hairanlah jika saudari juga bermimpi.Namun Persoalan pokok yang ingin saya utarakan di sini,ialah Benarkah solat sunat istikharah boleh menjadi medium atau pengantaraan untuk menentukan jodoh seseorang atau baik buruk takdirnya? Apakah mimpi manusia biasa boleh dijadikan sandaran atau boleh menjadi isyarat kepada jawapan yang dicari? Benarkah seperti yang dikata, Mimpi manusia biasa pada kebiasaannya adalah mainan tidur ,Petunjuk –petunjuk pula adalah mainan perasaan yang berpunca daripada pengaruh iblis dan syaitan yang datang mengganggu.

Ingin saya kisahkan kisah benar sebuah cerita kesedihan seorang sahabat.Kisahnya bercinta dengan seorang ustazah selama 2 tahun dan berakhir dengan kedukaan dan kecelaruan..kisah sedihnya bermula apabila ustazah yang dicintai ni bertemu dengan seorang ustaz.yang kacak jadi si ustazah ni sembahyanglah sunat istikharah .last-last dok Nampak muka ustaz yang kacak ni juga. Akhir sekali ustazah ni pun memutuskan percintaan dengan sahabat saya ini.Sekadar makluman Sebelum ni sahabat saya nilah yang bersusah payah dan berkorban sehinggalah si ustazah ni dapat masuk institut perguruan dan menjadi ustazah.malangnya apabila masuk institut perguruan jumpa pulak dengan si ustaz ni dan sahabat saya ditinggalkan begitu saja dengan alasan 3X istikharah..tak nampak juga sahabat saya ni...ustaz juga yang dekat dihatinya.

Dipendekkan cerita Sahabat saya kini merana hidupnya dan si ustazah baik ini pula rupanya ditipu oleh si ustaz dan kini menjadi isteri no2 dan dikhabarkan orang hidupnya juga tidak bahagia dan sentiasa berperang dengan madu dan suami…

konklusi persoalannya adakah benar istikharah boleh menjadi medium atau pengataraan untuk menentukan jodoh seseorang?Sekiranya benar mengapakah seorang ustazah ini juga menderita hidupnya dan yang lebih teruk lagi dia juga telah menderitakan kekasih lamanya yang jujur dan berhati mulia.

Saya memohon maaf sekiranya ada terkhilaf bahasa dan tersasul dalam menulisnya.


Wassalam….

Amirah Tumin said...

neem kan dah de calon..anytime ea..hehe

Amirah Tumin said...

syukran to bro idham sudi singgah dan memberi komen yang membuat si penulis berfikir panjang....hehe =)
tapi berdasarkan komen2 saudara,saya rasa bagus kiranya saudara membina sebuah blog yang dapat dimanfaatkan untuk semua pembaca kerana idea2 bernas yang saudara utarakan mampu untuk menarik pembaca berfikir secara logic dan lebih praktikal..
Saya suka persoalan yang saudara bangkitkan.tapi maafkan saya terlebih dahulu kerana saya masih kekurangan ilmu untuk menjawab persoalan kali ni..=)

insyAllah jika Allah Taala memberi saya sedikit masa lagi,juga memberi kesempatan tuk saya mendalami ttg perkara ini,saya akan kembali kesini untuk berkongsi ilmu tersebut dgn semua pembaca..InsyAllah

idham said...

askm kpda saudari penulis

i. terima kasih di atas cadangan saudari supaya saya juga mempunyai blog sendiri.sebenarnya saya bukan seorang penulis dan bukan juga seorang pengkritik saya hanyalah seorang yang realis yang cuba berkongsi pemikiran dan pandangan dalam citra kehidupan ini.jadi rasanya tak perlulah ada blog sendiri. hehehe! cukuplah sekadar mnumpang bicara dalam blog orang....

ii.Penulisan kata-kata hikmat anda ini begitu mendamaikan seolah-olah melagukan melodi kehidupan ketentuan illahi "Bicara kita adalah bicara sufi,tanpa suara dan kata-kata,Kerana suara kita adalah suara hati bertemu berpisah kerana allah" pengertiannya yang sangat mendalam...

wasalam..

Amirah Tumin said...

salam kembali buat pengunjung setia blog saya yang tak seberapa ni...

takpe2...saya sangat mengalu2kan idea dan pandangan saudara.juga sebarang teguran kiranya saya tersalah sebar ilmu.hehe!

pengertian yg sangat mendalam?=)