Saturday, August 1, 2009

::Saya suka hari Jumaat::

Saya suka ari Jumaat.
Kenapa?

Kerana Tuhan saya juga muliakan hari Jumaat.
Jadi saya nak buat apa yang kekasih saya suka.
Ari Jumaat ,,penghulu segala hari.
Hari Jumaat hari saya dilahirkan.

Bila ari Jumaat,saya suka tengok ramai orang berduyun2 pergi masjid untuk solat Jumaat dan dengar khutbah.

Bila tiba hari Jumaat je,saya selalu tengok ramai yang pakai baju cantik2,ada berjubah warna kelabu,ada warna putih.Ade pakai baju melayu warna-warni lengkap berserban dan ketayap putih. Macam rasa saya kat sebuah negara yang benar2 mempraktikkan agama saya,Islam.Macam rasa kat negara Arab pun ada(hihi)
Bila tengok kat masjid,penuh saf,sampai keluar pintu masjid.
Bila tiba Jumaat je,saya akan dengar bacaan al-quran dari tingkap kamar bilik saya dikolej.

Di kampung,saya jarang dapat rasa suasana sebegini sebab rumah saya kat dalam kampong,sunyi sepi je.Masjid pun agak jauh.yang ada cuma surau yang sering dikunci setiap masa kecuali tiba waktu solat.
Cuma bila dalam 2 hingga 3 bulan tu,ada la saudara tabligh singgah sekejap bermusafir disini. Masa tu barulah surau kat kampong saya nampak hidup sedikit..sedihnya lihat suasana begini ea?macam chipsmore pun ada.

Eh dah lari topic sket la..(hihi)takpe..
Apa lagi keistimewaan hari Jumaat ye?
Ada banyak lagi…
Pada hari Jumaat jugaklah akan berlakunya hari Kiamat.
Sebab tu bila dah nak dekat hari Jumaat je mesti rasa berdebar2,amalan tak cukup lagi ni,asyik tinggal yang sunat,asyik terlupa nak berzikir,baca quran pun sebulan belum tentu dapat khatam.
Tapi patutnya bukan ari Jumaat je kena bersedia.Kita takkan tahu bila kematian akan dating ngan kita.
Bayangkan,kita tengah seronok2 bergelak ketawa ngan member kat gerai.Tiba2 datang lori balak menghentam kita yang belum tentu sempat bertaubat..Tapi masa tu segala2nya dah terlewat.
Apa kita nak jawab kat Tuhan kita??
Nak mintak hidup balik?
Maaflah dah terlewat brother!!
Sebab tu la kita kena ingat , kematian akan menjemput kita pada bila2 masa aje

Ada orang ckp muda hanya sekali,so enjoy!!
HELLO,sape cakap muda hanya sekali?
Muda kita banyak kali bila kita diterima masuk syurga.Subhanallah bestnyer!!.Tuk orang yang nak sangat enjoykan diri masa kat dunia,[[[yes]]]Muda pada mereka memang hanya sekali.Muda kat dunia je.

Jadi beringat2lah saudara Muslimku sekelian.Jangan hanya mengunjungi masjid bila tiba hari Jumaat sahaja. Jangan hanya mempraktikkan kebaikan bila tiba hari Jumaat sahaja.Bahkan pada setiap detik nafasmu dihela diatas muka bumi Allah ini.

Ingat,beramal lah seolah2 kematian itu akan menjemput kita pada esok hari.
Wallahua’alm



No comments: