Friday, August 21, 2009

::Mesej dari siapa??::

Pagi tadi seawal pukul 6.oo pagi saya menerima satu mesej di hphone.berdebar2 jugak nak membuka inbox kerana memang jarang org nak bermesej waktu2 macam ni.bertambah debar saya bila yang menghantarnya ialah daripada ibu yang tercinta.Kenapa ni?Risau betul saya waktu tu.

Bila buka mesej tersebut,mata saya tiba-tiba je berair..sedihnya…meleleh dah air mata ni membaca mesej yang hanya mengandungi 5 patah perkataan.

” Angah tak balik puasa ke..”sambil ada icon muka budak kecik tengah sedih mcm ni...

ngeeeee..Sempat lagi adik ku menghantar mesej pagi2 mcm ni,dan2 nak siap2 pegi skolah la ni.

Terharu sungguh melihat keletah adik kesayangan sorang ni,walaupun baru darjah 3,dia still tak lupa kat akaknya yang jauh di mata.Blom start puasa lagi,si kenit ni dah mengingatkan saya pada Ramadhan yang mulia. Benarlah ramadhan tu menambah eratkan lagi hubungan kekeluargaan. Dapat buka pose sama2 mak ayah,nenek,atok,adik,abang n akak.Pastu pergi masjid ramai2 bersolat tarawikh.

Rasa syukur sangat2 kerana saya masih diberi kesempatan waktu bertemu Ramadhan untuk kesekian kalinya.Alhamdulillah…

Terasa sedih kerana tak dapat bersama family menjalani ibadah puasa sama2.
Teringat diri yang jauh dari keluarga.Tapi kalau difikir2kan apalah sangat situasi saya ni,perjalanan yang hanya 2 jam dari Kuala lumpur ke Melaka dan berjarak tak sampai 300 kilometer. Kalau tengok orang lain,lagi sedih la gamaknya..

Terutama sahabat2 perantau yang jauh menuntut ilmu sampai ke Mesir,Indonesia,Uk,Australia dll tempat yang tak sempat disebut.=)Pengalaman sewaktu berjauhan dari keluarga tercinta satu ketika dulu itupun sudah cukup meruntun hati saya.Inikan pula tak dapat pulang untuk meraikan keberkatan Ramadhan dan tak dapat menyambut Syawal bersama keluarga.

Namun dengan berkat kesabaran mereka dalam berjuang menuntut ilmu Allah,bermujahadah di jalan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang, pasti Tuhan sudahpun menjanjikan pahala yang besar dan yang pasti redha Allah sentiasa mengiringi setiap detik perjalanan hidup mereka disana.InsyAllah.amin.

Tapi tak mengapa,mereka ini adalah dikalangan orang2 yang terpilih,orang2 yang kuat untuk berhadapan dengan ujian dan dugaan dalam menempuh kehidupan. Cemburunya saya..sebab saya tak sekuat mereka..=(

Saya mula membayangkan,kalaulah saya berada ditempat mereka,adakah saya mampu berhadapan dengan semua ini??ngeeee…

Tinggal di Uia ni pun,saya kerap terbayang2kan keluarga dikampung,setiap 2 minggu mesti pulang.Tak sanggup rasanya menahan rindu untuk bertemu orang2 yang sangat saya sayangi..

Jauhnya fikiran saya melayang hanya kerana mesej si adik.saya membalas kembali;

“Tak balik la dik,rasanya lagi 3 minggu baru angah balik.adik puasa tau,puasa penuh.hehe”

“kenapa puasa penuh”

“kalau puasa penuh tentulah dapat masuk syurga..=)
Lagipun nanti kalau tahun ni adik puasa penuh,angah bagi hadiah tau”

“hadiah ape”

“hadiah botol susu besar…!!!kihkihkih

Alia walaupun dah darjah 3 tapi still minum susu botol.macam mana la nak buat ni.susah hati betul.Yang lagi susah hatinya,menu wajib bagi si kenit ni waktu bersahur ialah..jeng..jeng..sebotol penuh air susu milo.bukan dalam gelas tau,tapi dalam botol..huhu

Selalu jugak saya menegurnya..

“adik cubalah minum dengan gelas aje,same je rasa air susu tu’’

“taknak lah,tak sedap”

“la,apa yang tak sedapnya,sama je rasa air milo tu sayang..”

Dia hanya tersengih2 melihat kakaknya membebel sorang2 nih.

“abis tu takkan sampai darjah 6 nanti pun adik nak minum susu dalam botol,nanti semua kawan gelakkan adik..hehe saya sebagai kakak cuba mengumpan si adik.Umpama yakuza lagaknya.

“nanti dh masuk darjah 4 orang berhenti la..Tak caya angah tengok lah nanti”si Alia ni macam dah plan2 pulak nak stop tahun depan..

Alahai adikku..

Harap2 kata2nya itu menjadi doa untuk dirinya..Moga azam nya itu menjadi pendorong sebagai mengotakan janjinya..Dan harap2 juga semoga Ramadhan kali ini,akan berlaku perubahan yang besar terhadap episod si adik dan botol susu nya..

Akhir kalam…
Salam Ramadhan untuk pembaca yang disayangi..jangan lupa memperbanyakkan amalan kita,gandakan setiap amal baik,jangan ragu2 untuk membuat kebaikan..Kalau nak bersedeqah,jangan lah sampai berfikir 2-3 kali..hihihi
Wslm…

No comments: