Monday, August 10, 2009

::Cinta::

Saya rasa terpanggil untuk memberi jawapan kepada salah satu komen yang diterima melalui entry saya sebelum ini ;Buatmu Muslimah.

Perempuan yang suci itu ialah perempuan yang tidak dilalaikan daripada mengingati Allah, tidak disogokkan dengan cinta dunia,juga cinta pada lelaki yang tiada langsung pertalian yang sah disisi agama Islam. Mungkin saudara telah lupa pada kisah Rabia’tul Adawiyah,serikandi Islam terulung yang melepaskan cinta dunia demi cinta kepada Tuhan. Kerana sucinya cinta Rabiatul adawiyah kepada Tuhan kita sehingga beliau sanggup menolak cinta2 lelaki yang datang padanya. Betapa agung cinta itu baginya.

Tapi kita hanya manusia yang lemah,sukar untuk lari dari perasaan cinta yang hadir dalam setiap jiwa.Jika ingin dicintai seorang lelaki, biarlah perasaan itu dibelai dan dimanja dalam sebuah ikatan pernikahan yang sah.

Jika tidak,hatta seorang yang mempunyai jiwa yang kental serta iman yang kuat pun akan kalah hanya dengan penangan cinta sesame manusia.

Maafkan saya,tetapi saya tidak pernah menafikan yang setiap hamba berhak disayangi dan dicintai oleh Yang Maha Kuasa.

Kata2 tersebut sudah tentulah bukan saya tujukan pada mereka yang menyalurkan rasa cinta dan kasih mereka pada haknya,contohnya cinta seorang isteri kepada suami.
Tapi disini sebenarnya saya menjuruskan tentang rasa cinta yang disalurkan pada cinta antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.Ataupun cinta pada lelaki yang belum tentu dia adalah jodoh kita.

Kita sendiri selalu disuapkan dengan prinsip cinta yang disalah tafsirkan.Memang kita berhak menyintai dan dicintai,tetapi fitrah cinta itu bukanlah semata2 cinta antara lelaki dan wanita.Cinta itu pun sudah merupakan sesuatu yang sangat indah untuk diperkatakan.Biarlah kita meletakkan cinta Allah pada yang teratas,kemudian cinta pada Rasulullah SAW,pada kedua ibu bapa,pada guru,pada keluarga,sahabat dan seluruh Muslim.

saya juga tidak faham maksud saudari bergelumang dengan cinta lelaki?
Mungkin saya bukanlah perempuan yang terlalu baik untuk mempersoalkan tentang ini. Tetapi gerak hati selalu merasa bagai ada yang tak kena dengan situasi dimana banyaknya pergantungan cinta seorang wanita pada lelaki macam couple,girlfriend-boyfriend,makwe-pakwe. Dalam Islam sendiri tak pernah wujud istilah seperti ini.Yang saya tahu coupling is not allowed in our religion. Bila kita bergelumang dengan cint2seperti ini,adakah kita yakin bahawasanya hati kita akan sentiasa mengingati Allah?

Melalui apa yang selalu saya lihat,kepada pasangan2 yang bercouple, mereka lebih mudah menjadi emosi dan kadang2 emosi itu sampai terbawa2 kepada sesuatu yang boleh memudaratkan diri. Bila makwe merajuk,mulalah tak tentu arah,bila boyfriend tak mesej sehari mula berprasangka yang entah apa2. Usai solat,yang dicapai adalah hp dan bukannya al-quran. Kita dah lupa,baru sejenak dan tak sampai 5 minit kita menghadap Tuhan,kita sudah berpaling kepada cinta yang lain.

Sebagai seorang wanita,saya sendiri melihat realiti tentang betapa setianya wanita pada cinta,sehingga mereka lupa yang cinta Allah patut diutamakan.
Kata2 itu juga panduan buat saya,insan yang lemah.yang tak pernah dapat lari dari rasa cinta pada manusia.sehingga pada satu saat,orang2 seperti saya akan menjadi lemah tanpa cinta.saya juga akui cinta itu kadang2 menjauhkan diri ini dari Tuhan.

Ketahuilah Lelaki tidak akan mempermainkan cinta kerana cinta lahir dari sebuah perasaan yang tulus. cinta juga adalah kasih sayang yang abadi seorng lelaki kepada wanita."Bagaikan punggok rindukan bulan"merupakan perumpamaan lelaki yang sangat setia kpd wanita.
Jika begitu,betapa bahagianya jika seorang wanita dicintai oleh lelaki seperti yang dimaksudkan.persoalan saya,adakah mungkin semua lelaki seperti itu? Jika merujuk kepada perumpamaan ini,sudah pasti cinta itu mudah dipesongkan kerana terlalu asyik mengingati sang kekasih sehingga lupa mengingati Kekasih yang sebenar dan yang Haq. =)

Wanita memang memerlukan kebijaksanaan dalam memilih calon suaminya,menilai peribadi seseorang yang bakal dikahwini. Tetapi sudah menjadi lumrah yang manusia ini cepat berubah2.Siapalah kita hendak mentafsirkan apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Mungkin sekarang kita memang berhadapan dengan seorang lelaki yang jujur,tetapi adakah kejujuran itu akan menjamin seseorang menjadi lebih baik atau lebih buruk?

Siapalah wanita yang tidak tertarik pada perwatakan yang sempurna seperti seorang ustaz,berserban,berkopiah,berjubah. Lagikan pula berdiri dikhalayak ramai,memberikan ceramah ugama,mengajak kita mendekati Allah. Cuma jalan memilih itu terletak pada individu masing2,yang mana menjadi pilihan mereka,mungkin itu yang terbaik untuk mereka.bukan begitu?

Benar juga kata saudara , iman dan taqwa itu antara kita dengan Allah. Siapalah kita hendak memperkata dan mempertikaikan peribadi orang lain. Biarlah itu menjadi hal antara mereka dengan Allah.

Terima kasih banyak2 kepad pemberi komen yang menegur kesilapan saya.Mudah-mudahan hidup kita lebih tenang untuk mencapai mardhotillah,amin. Saya kagum dengan jawapan anda. Sedikit sebanyak menambah pengetahuan saya tentang makna cinta itu sendiri.

Saya menulis entry ini bukan sengaja menjawab atau pun mempertikai komen tersebut,tetapi sekadar menerangkan kepada semua supaya apa yang saya tulis di blog ini tidak disalah ertikan. Saya juga insan yang lemah,punya kekurangan diri. Jika ada apa2 kemusykilan lagi,tegurlah saya.saya memang mengharapkan teguran2 yang membina dari anda semua,pembaca blog ini.kerana saya hanya seorang penulis..
Syukran…

5 comments:

Diriku~ said...

Hati mestilah didahului cinta kepada
Allah dan Rasullah..

Ridzuan said...

Salam.. saudari amirah ada bakat menulis ni. teruskan.. thanks for posting a comment at my blog nway..

p/s. nyalas kat mana. saya org jasin je.

Amirah Tumin said...

To diriku:betul tu dik..tapi dengan keadaan dunia macam ni,memang banyak cabaran yang perlu kita hadapi..=)

to ridzuan:syukran2..=)

Amirah Tumin said...

To diriku:betul tu dik..tapi dengan keadaan dunia macam ni,memang banyak cabaran yang perlu kita hadapi..=)

to ridzuan:syukran2..=)

ummu Masyitah said...

Dik,akak setuju pada pendirianmu.....tiada kata dapat lagi kunukilkan,hanya sepotong kalimah,"Jagalah haq Allah, Allah kan jaga Haq kita. sesungguhny janji Allah amat benar".