Monday, August 3, 2009

::Buatmu Muslimah::


Wahai Muslimahku..

“ Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah, Tak sedikit pun Allah membenarkan mana2 lelaki menyentuh dirinya meski hatinya..

“Kerana Allah teramat mencintainya..Tapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, Dimana Allah menjaga kita?

"Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita.Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna Allah mahu mengambil kita kembali untuk dijagaNya…

Mengapa masih ragu?

Ingatlah,

“Kekuatan usah ditunggu tetapi harus dicari”






2 comments:

Admin www.morhabshi.com said...

salam,
Mohon sedikit laluan:

Mahukah anda meletakkan sebaris ayat bagi membantu kami dalam blog ini? Kerjasama anda amat dihargai. Layari http://www.morhabshi.com untuk maklumat lanjut.

Terima kasih.

Idham said...

Askm dan maafkan saya kerana saya lelaki dan tersesat ke dalam blog ini dan tiba-tiba saya rasa begitu keliru
saya tak faham apa maksud perempuan suci yang anda fahami?tahu tak bahawa Allah mencintai semua umat manusia kerana allah maha penyayang.

Cinta pula adalah perasaan semulajadi manusia. kerana allah menganugerahkan cinta kpd manusia.saya juga tidak faham maksud saudari bergelumang dengan cinta lelaki? Adakah perempuan yang baik seperti anda(mungkin) tidak berhak untuk dicintai dan menyintai.
Ketahuilah Lelaki tidak akan mempermainkan cinta kerana cinta lahir dari sebuah perasaan yang tulus. cinta juga adalah kasih sayang yang abadi seorng lelaki kepada wanita."Bagaikan punggok rindukan bulan"merupakan perumpamaan lelaki yang sangat setia kpd wanita.
wanita sebenarnya perlu kebijaksanaan untuk menilai kejujuran cinta seorang lelaki.Tanpa kebijaksanaan wanita akan sentiasa dipermainkan.Keimanan dan ketakwaan adalah dalaman(hanya kita dengan allah) dan seringkali orang melayu terjemahkan kepada mereka yang beragama nampak baik nampak lebai dan warak .kita lihatciri-ciri fizikal watak orang beragama lain dari yang lain.Bagi orang lelaki akan memakai kopiah,pakaian ala arab dan berjanggut,namun hakikatnya berapa ramai watak2 ini yang menyebabkan isteri mereka menderita sengsara.Mengapa? kerana mereka inilah pelakon yang berlakon dengan teori keagamaan dan watak2 lebai inilah yang mempermainkan perempuan -perempuan yang berfikiran seperti saudari.Mereka inilah yang suka menunjuk-nunjuk kebolehan mereka beristeri empat. Saudari ! allah menganugerahkan akal kepada kita supaya dapat menilai buruk dan baiknya. jadi nilailah apa yang saya coretkan ini sebaiknya dan berubahlah kepada paradigma yang lebih jujur.Cinta perlu hadir dalam hidup seorang wanita seperti anda kerana ia mampu memberi kebahagian dalam kehidupan jangan padamkan perasaan cinta ini.....
maafkan saya sekiranya coretan saya menganggu emosi saudari...semoga allah lindungi saya dari fitnah dunia
saya bukan ustaz atau lebai atau orang alim saya hanya manusia biasa anak tani yang miskin dan hanya menumpang hidup di atas dunia yang sementara ini.