Monday, August 31, 2009

::Saje2 TerdownloAD::

saje nak letak..semalam tgh2 download lagu,terjumpa plak lagu nih..



Lagu ni salah satu lagu tema dalam filem Ketika Cinta bertasbih..
Kesimpulan dari lagu nih,kalau nak cinta manusia,cinta Allah dan rasulullah saw dulu..baru btul..=)

Sunday, August 30, 2009

::tanpa tajuk::




Serba salah rasanya membiarkan blog kesayangan saya ni bersemak dan tak berkemas dgn perkara2 baru dalam hidup ni. Maaf sekiranya saya masih belum sempat berkongsi pendapat dan idea2 tentang persoalan2 yang telah lama ditagkan pada blog ni.
Maaf juga pada pengunjung2 blog ni kerana masih belum ada entry2 baru yang boleh diambil sebagai ilmu untuk kalian manfaatkan.

Kesibukan tu kadang2 membiarkan saya jauh dari sesuatu yang lebih bermakna dan penting dalam hidup sebagai hambaNYA..terutama pada bulan yang mulia ni.herm..

Semalam lewat petang saya seorang diri menelaah dan menyelusuri jalan2 di Kuala Lumpur.Tujuannya hanya satu,nak membeli tiket tuk balik raya nanti.bertolak dari pukul 3.45,yang saya jangkakan sampai sebelum asar,tapi rupa2nya saya melakukan kesilapan.Lupa pulak nak memasukkan waktu tuk “traffic jame”..Hehe.last2 pukul 5 baru saya sampai di KL.Alhamdulillah tiket tuk balik raya masih banyak yang available. After beli tiket n solat,saya bershopping sekejap di Mydin.=).em..selalunya bersesak2 jugak kalau masuk mydin,tapi kali ni lengang aje.pantas je tangan saya mencapai barang2 yang nak dibeli.lepas ni kena kejar bas tuk balik uia plak..memang betul jangkaan saya.sampai diterminal bas sebelah CM,yang ada hanya satu bas bernombor 91,bas ke UIA. Sebelum naik,sempat jugak membeli sedikit juadah tuk buka puasa.dah instinct ni rasa mcm tak sempat je sampai UIA tuk buka. ^_^

Waktu hampir berbuka, saya masih didalam bas,terperangkap dalam traffic jame...
Hanya dari central market ke jalan hospital dahpun mencuri masa satu jam.aduh..Ramadhan betul2 menguji kesabaran hambaNYA.
Nampaknya kali ni kenalah berbuka kat dalam bas..

Sampai di UIA,rupa2nya hanya tinggal saya seorang yang masih tak turun2.Penumpang terakhir..statement yang agak menakutkan..=)Alhamdulillah selamat sampai…

Itu cerita semalam..

Hari ni saya masih lagi keseorangan berbuka puasa dibilik.semua roommate dah balik umah,bahagianya mereka.Sedih jugak mase berbuka tadi,terbayang2 wajah family kat kampong. Tapi itulah dinamakan pengorbanan.disebabkan nak score btul2 mase final ni la,saya memilih jalan ini.Moga Allah Ta’ala memberi keberkatan dalam jalan jihad ni.amin

Ujian dating lagi ngan saya hamba yang kerdil ni..

Nampaknya saya terpaksa terperap dibilik dek kerana kecuaian diri sendiri sampai kunci bilik hilang..beratnya dugaan ni.=(

Nak pergi mana2,hanya tawakal kepada ALLAH!

Nak ke café serba salah,nak ke surau pon serba salah.disebabkan weekend ni ramai yang balik kampong,Susana di hostel agak sunyi. Jadi adalah lebih baik tuk saya tak kemana2...
Waktu saya melangkah keluar dari bilik tadi pun,keadaan sekeliling menyeramkan je.bunyi cengkerik,bunyi kucing,bunyi anjing,semua ade.rupa2nya, waktu ni hanya saya seorang
penghuni dilevel 2 blok saya..Moga Allah memberi kekuatan.amin. =)

Salam Ramadhan,Selamat bersahur,Selamat berbuka pose!!

Thursday, August 27, 2009

:Buzy.....::


Dis week is a very tough week for me.
i have't enaugh time to update my beloves blog.
Hopefully i can do dat by next week after finishing for the total of 3 midterm.
and also submit my esemen..=)
InsyAllah.
see u soon!!
salam...

Friday, August 21, 2009

::KeK CokLat SoDap::

Tempahan kek coklat..=)

Alhamdulillah,kedatangan Ramadhan itu membuka rezeki kepada ramai orang termasuk diri saya.

Kat sini saya nak wat sedikit iklan..hehe

Sekarang saya sedang membuka tempahan untuk CHOCOLATE CAKE.

Harga: RM 15.00

Tapi tempahan buat masa ini dibuka hanya kepada student2 UIA n di kawasan sekitar ynag berdekatan sahaja.Tempahan boleh dibuat melalui email saya di
naufarhikmah@yahoo.com atau boleh YM saya di annieess_husna..

Kepada sesiapa yang berminat tetapi berada diluar kawasan,jangan risau… Anda juga boleh membuat tempahan,tapi kita akan deal dulu berhubung beberapa perkara termasuk cara penghantaran kepada anda..=)







::Mesej dari siapa??::

Pagi tadi seawal pukul 6.oo pagi saya menerima satu mesej di hphone.berdebar2 jugak nak membuka inbox kerana memang jarang org nak bermesej waktu2 macam ni.bertambah debar saya bila yang menghantarnya ialah daripada ibu yang tercinta.Kenapa ni?Risau betul saya waktu tu.

Bila buka mesej tersebut,mata saya tiba-tiba je berair..sedihnya…meleleh dah air mata ni membaca mesej yang hanya mengandungi 5 patah perkataan.

” Angah tak balik puasa ke..”sambil ada icon muka budak kecik tengah sedih mcm ni...

ngeeeee..Sempat lagi adik ku menghantar mesej pagi2 mcm ni,dan2 nak siap2 pegi skolah la ni.

Terharu sungguh melihat keletah adik kesayangan sorang ni,walaupun baru darjah 3,dia still tak lupa kat akaknya yang jauh di mata.Blom start puasa lagi,si kenit ni dah mengingatkan saya pada Ramadhan yang mulia. Benarlah ramadhan tu menambah eratkan lagi hubungan kekeluargaan. Dapat buka pose sama2 mak ayah,nenek,atok,adik,abang n akak.Pastu pergi masjid ramai2 bersolat tarawikh.

Rasa syukur sangat2 kerana saya masih diberi kesempatan waktu bertemu Ramadhan untuk kesekian kalinya.Alhamdulillah…

Terasa sedih kerana tak dapat bersama family menjalani ibadah puasa sama2.
Teringat diri yang jauh dari keluarga.Tapi kalau difikir2kan apalah sangat situasi saya ni,perjalanan yang hanya 2 jam dari Kuala lumpur ke Melaka dan berjarak tak sampai 300 kilometer. Kalau tengok orang lain,lagi sedih la gamaknya..

Terutama sahabat2 perantau yang jauh menuntut ilmu sampai ke Mesir,Indonesia,Uk,Australia dll tempat yang tak sempat disebut.=)Pengalaman sewaktu berjauhan dari keluarga tercinta satu ketika dulu itupun sudah cukup meruntun hati saya.Inikan pula tak dapat pulang untuk meraikan keberkatan Ramadhan dan tak dapat menyambut Syawal bersama keluarga.

Namun dengan berkat kesabaran mereka dalam berjuang menuntut ilmu Allah,bermujahadah di jalan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang, pasti Tuhan sudahpun menjanjikan pahala yang besar dan yang pasti redha Allah sentiasa mengiringi setiap detik perjalanan hidup mereka disana.InsyAllah.amin.

Tapi tak mengapa,mereka ini adalah dikalangan orang2 yang terpilih,orang2 yang kuat untuk berhadapan dengan ujian dan dugaan dalam menempuh kehidupan. Cemburunya saya..sebab saya tak sekuat mereka..=(

Saya mula membayangkan,kalaulah saya berada ditempat mereka,adakah saya mampu berhadapan dengan semua ini??ngeeee…

Tinggal di Uia ni pun,saya kerap terbayang2kan keluarga dikampung,setiap 2 minggu mesti pulang.Tak sanggup rasanya menahan rindu untuk bertemu orang2 yang sangat saya sayangi..

Jauhnya fikiran saya melayang hanya kerana mesej si adik.saya membalas kembali;

“Tak balik la dik,rasanya lagi 3 minggu baru angah balik.adik puasa tau,puasa penuh.hehe”

“kenapa puasa penuh”

“kalau puasa penuh tentulah dapat masuk syurga..=)
Lagipun nanti kalau tahun ni adik puasa penuh,angah bagi hadiah tau”

“hadiah ape”

“hadiah botol susu besar…!!!kihkihkih

Alia walaupun dah darjah 3 tapi still minum susu botol.macam mana la nak buat ni.susah hati betul.Yang lagi susah hatinya,menu wajib bagi si kenit ni waktu bersahur ialah..jeng..jeng..sebotol penuh air susu milo.bukan dalam gelas tau,tapi dalam botol..huhu

Selalu jugak saya menegurnya..

“adik cubalah minum dengan gelas aje,same je rasa air susu tu’’

“taknak lah,tak sedap”

“la,apa yang tak sedapnya,sama je rasa air milo tu sayang..”

Dia hanya tersengih2 melihat kakaknya membebel sorang2 nih.

“abis tu takkan sampai darjah 6 nanti pun adik nak minum susu dalam botol,nanti semua kawan gelakkan adik..hehe saya sebagai kakak cuba mengumpan si adik.Umpama yakuza lagaknya.

“nanti dh masuk darjah 4 orang berhenti la..Tak caya angah tengok lah nanti”si Alia ni macam dah plan2 pulak nak stop tahun depan..

Alahai adikku..

Harap2 kata2nya itu menjadi doa untuk dirinya..Moga azam nya itu menjadi pendorong sebagai mengotakan janjinya..Dan harap2 juga semoga Ramadhan kali ini,akan berlaku perubahan yang besar terhadap episod si adik dan botol susu nya..

Akhir kalam…
Salam Ramadhan untuk pembaca yang disayangi..jangan lupa memperbanyakkan amalan kita,gandakan setiap amal baik,jangan ragu2 untuk membuat kebaikan..Kalau nak bersedeqah,jangan lah sampai berfikir 2-3 kali..hihihi
Wslm…

Wednesday, August 19, 2009

::Ramadhan,kau datang lagi::





Alhamdulillah...Ramadhan itu kembali menjengok sudut kehidupan setiap hambaNYA.

Alhamdulillah Allah itu Maha Pengasih,membenarkan aku bertemu Ramadhan kali ini..

Detiknya semakin hampir.

Ayuh sahabat2,kita persiapkan diri bertemu Ramadhan tercinta,kita baiki segala kelemahan sewaktu ia meninggalkan kita satu ketika dulu.

Tidaakkah kalian lihat betapa Pengasih dan Penyayangnya Tuhan pada kita...

Kita tidak akan mampu membayar segala rasa kesyukuran ini andai kita membiarkan Ramadhan berlalu begitu sahaja.

Panjatkan kesyukuran pada NYA kerana kita adalah insan-insan yang terpilih untuk mendalami dan menghayati bulan penuh keberkatan,bulan Ramadhan..

Wednesday, August 12, 2009

::PART 1 & 2 Episod Kehidupan::(Edited)


(Part 1)
Ibu dan keluarga pihak lelaki telah menetapkan tarikh.Lebih kurang 2 minggu dari tarikh hari itu.aku memang betul2 terkejut.Kenapa terlalu awal?Kenapa perkara sebegini penting,mereka tidak serahkan pada aku sendiri.Aku makin gusar.

Cuma jalan yang ada sekarang ialah bertemu empat mata dengan pihak lelaki,dengan orang yang bakal menikahi aku.Aku tentu tidak mahu segala nya jadi terlalu lewat hanya kerana kenaifanku..

Hatiku belum terbuka untuk menerima seseorang yang bergelar suami. Kerana kurasakan perjalanan hidupku masih panjang,masih banyak perkara yang belum aku lakukan.Masih banyak amanah yang belum aku sempurnakan.

Sewaktu bertemu dengan lelaki tersebut,kami belum saling mengenali diri masing2. Itulah kali pertama kami bertemu secara empat mata.Ya Allah kuatkan hatiku untuk membuat keputusan ini.Mungkin dia bukan jodohku.kerana itu hatiku meronta2 meminta agar perkahwinan ini dibatalkan.

Aku suarakan rasa hati pada dia..Supaya dia juga menarik semula lamaran tersebut.supaya perkahwinan ini tidak terjadi.

Namun dia hanya diam membisu..Serba salah rasanya melukakan hati orang yang berharap padaku.

Dari awal pertemuan lewat petang itu, dia hanya menunduk ke bumi.Langsung tiada suara kedengaran.Aku jadi panik.Ya Allah,apa yang telah aku lakukan ini.Menolak lamaran seorang pemuda yang begitu baik untukku.

Selama perjumpaan tersebut,tiada keputusan dibuat olehnya. Sedangkan aku terus mendesak dan mendesak...

Part 2

Pengantin dah siap ke…?Suara ibu kedengaran dari luar.

Jom keluar sayang,Ibu dah panggil..Tegurnya perlahan. Lantas suami menarik tanganku,lalu aku memaut lengan nya .Segaknya suamiku,berpakaian melayu lengkap bersamping dan berketayap,.

Aku jadi tersipu malu.Kerana inilah kali pertama aku disentuh seorang lelaki yang telah aku sematkan cintanya dihati ni setelah dia memeterai akad nikah dan perjanjian hidup antara kami pagi tadi.

Ketika kami melangkah keluar dari kamar,semua mata hanya tertumpu pada aku dan suami.Ya Allah segannya.Lagikan pula padaku yang sememangnya terlalu malu dan segan bila berhadapan dengan orang ramai. Aku hanya menundukkan pandangan,kadang2 tersenyum memandang makcik2 yang tak henti2 mengusik kami berdua.

Baru kini kurasa bagaimana perasaan nya menjadi raja sehari. Kami sedondon mengenakan busana pengantin Jingga.Dengan perasaan yang gementar kami terus melangkah melewati tamu2 yang hadir pada hari itu..

Tiba-tiba..

Eh nak pergi mana?suami mengenggam erat jemariku,seperti tidak mahu dilepaskan gamaknya..Sekilas aku merenungnya..Baru kusedar,dimatanya telah terbit cahaya cinta ,membuatkan hatiku berdebar2,jantung berdegup laju.Inilah suami yang satu saat dahulu aku hampir menolaknya.Inilah jodoh yang dahulu aku tidak pernah mengenalinya,tiada langsung perasaan untuk jatuh hati padanya.
Kini dia adalah suami ku,InsyAllah yang pertama dan terakhir…


Lantas aku terjaga..dari mimpi yang panjang…sedihnya baru je kawin dah berpisah..huhu

Sengaja saya tak memberitahu dari awal yang cerita ini hanya sebuah kisah dari mimpi2yang mengunjungi si penulis.Mintak maaf banyak2 if ada yang terasa hati.Sekadar berkongsi cerita,kerana kehidupan ni perlu ada masam dan manisnya,tawa dan sedihnya..

Moral dari cerita ini ialah,walaupun kita diberi gerak hati untuk memilih,jalan terbaik ialah melakukan istikharah dan minta petunjuk dari Tuhan.Kita takkan tahu siapakah jodoh kita,hanya DIA Yang Maha mengetahui tentang segala-galanya..=)

Monday, August 10, 2009

::Cinta::

Saya rasa terpanggil untuk memberi jawapan kepada salah satu komen yang diterima melalui entry saya sebelum ini ;Buatmu Muslimah.

Perempuan yang suci itu ialah perempuan yang tidak dilalaikan daripada mengingati Allah, tidak disogokkan dengan cinta dunia,juga cinta pada lelaki yang tiada langsung pertalian yang sah disisi agama Islam. Mungkin saudara telah lupa pada kisah Rabia’tul Adawiyah,serikandi Islam terulung yang melepaskan cinta dunia demi cinta kepada Tuhan. Kerana sucinya cinta Rabiatul adawiyah kepada Tuhan kita sehingga beliau sanggup menolak cinta2 lelaki yang datang padanya. Betapa agung cinta itu baginya.

Tapi kita hanya manusia yang lemah,sukar untuk lari dari perasaan cinta yang hadir dalam setiap jiwa.Jika ingin dicintai seorang lelaki, biarlah perasaan itu dibelai dan dimanja dalam sebuah ikatan pernikahan yang sah.

Jika tidak,hatta seorang yang mempunyai jiwa yang kental serta iman yang kuat pun akan kalah hanya dengan penangan cinta sesame manusia.

Maafkan saya,tetapi saya tidak pernah menafikan yang setiap hamba berhak disayangi dan dicintai oleh Yang Maha Kuasa.

Kata2 tersebut sudah tentulah bukan saya tujukan pada mereka yang menyalurkan rasa cinta dan kasih mereka pada haknya,contohnya cinta seorang isteri kepada suami.
Tapi disini sebenarnya saya menjuruskan tentang rasa cinta yang disalurkan pada cinta antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.Ataupun cinta pada lelaki yang belum tentu dia adalah jodoh kita.

Kita sendiri selalu disuapkan dengan prinsip cinta yang disalah tafsirkan.Memang kita berhak menyintai dan dicintai,tetapi fitrah cinta itu bukanlah semata2 cinta antara lelaki dan wanita.Cinta itu pun sudah merupakan sesuatu yang sangat indah untuk diperkatakan.Biarlah kita meletakkan cinta Allah pada yang teratas,kemudian cinta pada Rasulullah SAW,pada kedua ibu bapa,pada guru,pada keluarga,sahabat dan seluruh Muslim.

saya juga tidak faham maksud saudari bergelumang dengan cinta lelaki?
Mungkin saya bukanlah perempuan yang terlalu baik untuk mempersoalkan tentang ini. Tetapi gerak hati selalu merasa bagai ada yang tak kena dengan situasi dimana banyaknya pergantungan cinta seorang wanita pada lelaki macam couple,girlfriend-boyfriend,makwe-pakwe. Dalam Islam sendiri tak pernah wujud istilah seperti ini.Yang saya tahu coupling is not allowed in our religion. Bila kita bergelumang dengan cint2seperti ini,adakah kita yakin bahawasanya hati kita akan sentiasa mengingati Allah?

Melalui apa yang selalu saya lihat,kepada pasangan2 yang bercouple, mereka lebih mudah menjadi emosi dan kadang2 emosi itu sampai terbawa2 kepada sesuatu yang boleh memudaratkan diri. Bila makwe merajuk,mulalah tak tentu arah,bila boyfriend tak mesej sehari mula berprasangka yang entah apa2. Usai solat,yang dicapai adalah hp dan bukannya al-quran. Kita dah lupa,baru sejenak dan tak sampai 5 minit kita menghadap Tuhan,kita sudah berpaling kepada cinta yang lain.

Sebagai seorang wanita,saya sendiri melihat realiti tentang betapa setianya wanita pada cinta,sehingga mereka lupa yang cinta Allah patut diutamakan.
Kata2 itu juga panduan buat saya,insan yang lemah.yang tak pernah dapat lari dari rasa cinta pada manusia.sehingga pada satu saat,orang2 seperti saya akan menjadi lemah tanpa cinta.saya juga akui cinta itu kadang2 menjauhkan diri ini dari Tuhan.

Ketahuilah Lelaki tidak akan mempermainkan cinta kerana cinta lahir dari sebuah perasaan yang tulus. cinta juga adalah kasih sayang yang abadi seorng lelaki kepada wanita."Bagaikan punggok rindukan bulan"merupakan perumpamaan lelaki yang sangat setia kpd wanita.
Jika begitu,betapa bahagianya jika seorang wanita dicintai oleh lelaki seperti yang dimaksudkan.persoalan saya,adakah mungkin semua lelaki seperti itu? Jika merujuk kepada perumpamaan ini,sudah pasti cinta itu mudah dipesongkan kerana terlalu asyik mengingati sang kekasih sehingga lupa mengingati Kekasih yang sebenar dan yang Haq. =)

Wanita memang memerlukan kebijaksanaan dalam memilih calon suaminya,menilai peribadi seseorang yang bakal dikahwini. Tetapi sudah menjadi lumrah yang manusia ini cepat berubah2.Siapalah kita hendak mentafsirkan apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Mungkin sekarang kita memang berhadapan dengan seorang lelaki yang jujur,tetapi adakah kejujuran itu akan menjamin seseorang menjadi lebih baik atau lebih buruk?

Siapalah wanita yang tidak tertarik pada perwatakan yang sempurna seperti seorang ustaz,berserban,berkopiah,berjubah. Lagikan pula berdiri dikhalayak ramai,memberikan ceramah ugama,mengajak kita mendekati Allah. Cuma jalan memilih itu terletak pada individu masing2,yang mana menjadi pilihan mereka,mungkin itu yang terbaik untuk mereka.bukan begitu?

Benar juga kata saudara , iman dan taqwa itu antara kita dengan Allah. Siapalah kita hendak memperkata dan mempertikaikan peribadi orang lain. Biarlah itu menjadi hal antara mereka dengan Allah.

Terima kasih banyak2 kepad pemberi komen yang menegur kesilapan saya.Mudah-mudahan hidup kita lebih tenang untuk mencapai mardhotillah,amin. Saya kagum dengan jawapan anda. Sedikit sebanyak menambah pengetahuan saya tentang makna cinta itu sendiri.

Saya menulis entry ini bukan sengaja menjawab atau pun mempertikai komen tersebut,tetapi sekadar menerangkan kepada semua supaya apa yang saya tulis di blog ini tidak disalah ertikan. Saya juga insan yang lemah,punya kekurangan diri. Jika ada apa2 kemusykilan lagi,tegurlah saya.saya memang mengharapkan teguran2 yang membina dari anda semua,pembaca blog ini.kerana saya hanya seorang penulis..
Syukran…

Monday, August 3, 2009

::Buatmu Muslimah::


Wahai Muslimahku..

“ Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah, Tak sedikit pun Allah membenarkan mana2 lelaki menyentuh dirinya meski hatinya..

“Kerana Allah teramat mencintainya..Tapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, Dimana Allah menjaga kita?

"Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita.Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna Allah mahu mengambil kita kembali untuk dijagaNya…

Mengapa masih ragu?

Ingatlah,

“Kekuatan usah ditunggu tetapi harus dicari”






Saturday, August 1, 2009

::Saya suka hari Jumaat::

Saya suka ari Jumaat.
Kenapa?

Kerana Tuhan saya juga muliakan hari Jumaat.
Jadi saya nak buat apa yang kekasih saya suka.
Ari Jumaat ,,penghulu segala hari.
Hari Jumaat hari saya dilahirkan.

Bila ari Jumaat,saya suka tengok ramai orang berduyun2 pergi masjid untuk solat Jumaat dan dengar khutbah.

Bila tiba hari Jumaat je,saya selalu tengok ramai yang pakai baju cantik2,ada berjubah warna kelabu,ada warna putih.Ade pakai baju melayu warna-warni lengkap berserban dan ketayap putih. Macam rasa saya kat sebuah negara yang benar2 mempraktikkan agama saya,Islam.Macam rasa kat negara Arab pun ada(hihi)
Bila tengok kat masjid,penuh saf,sampai keluar pintu masjid.
Bila tiba Jumaat je,saya akan dengar bacaan al-quran dari tingkap kamar bilik saya dikolej.

Di kampung,saya jarang dapat rasa suasana sebegini sebab rumah saya kat dalam kampong,sunyi sepi je.Masjid pun agak jauh.yang ada cuma surau yang sering dikunci setiap masa kecuali tiba waktu solat.
Cuma bila dalam 2 hingga 3 bulan tu,ada la saudara tabligh singgah sekejap bermusafir disini. Masa tu barulah surau kat kampong saya nampak hidup sedikit..sedihnya lihat suasana begini ea?macam chipsmore pun ada.

Eh dah lari topic sket la..(hihi)takpe..
Apa lagi keistimewaan hari Jumaat ye?
Ada banyak lagi…
Pada hari Jumaat jugaklah akan berlakunya hari Kiamat.
Sebab tu bila dah nak dekat hari Jumaat je mesti rasa berdebar2,amalan tak cukup lagi ni,asyik tinggal yang sunat,asyik terlupa nak berzikir,baca quran pun sebulan belum tentu dapat khatam.
Tapi patutnya bukan ari Jumaat je kena bersedia.Kita takkan tahu bila kematian akan dating ngan kita.
Bayangkan,kita tengah seronok2 bergelak ketawa ngan member kat gerai.Tiba2 datang lori balak menghentam kita yang belum tentu sempat bertaubat..Tapi masa tu segala2nya dah terlewat.
Apa kita nak jawab kat Tuhan kita??
Nak mintak hidup balik?
Maaflah dah terlewat brother!!
Sebab tu la kita kena ingat , kematian akan menjemput kita pada bila2 masa aje

Ada orang ckp muda hanya sekali,so enjoy!!
HELLO,sape cakap muda hanya sekali?
Muda kita banyak kali bila kita diterima masuk syurga.Subhanallah bestnyer!!.Tuk orang yang nak sangat enjoykan diri masa kat dunia,[[[yes]]]Muda pada mereka memang hanya sekali.Muda kat dunia je.

Jadi beringat2lah saudara Muslimku sekelian.Jangan hanya mengunjungi masjid bila tiba hari Jumaat sahaja. Jangan hanya mempraktikkan kebaikan bila tiba hari Jumaat sahaja.Bahkan pada setiap detik nafasmu dihela diatas muka bumi Allah ini.

Ingat,beramal lah seolah2 kematian itu akan menjemput kita pada esok hari.
Wallahua’alm