Thursday, July 2, 2009

::Dimana aurat wanita??::

Kali ni saya nak menulis sedikit tentang aurat wanita Muslim.Memang rasanya saya masih belum layak untuk membincangkan tentang isu sebegini,cuma ingin berkongsi idea serta melontar sedikit pandangan yang saya perolehi daripada org2 disekeliling saya.

Di YouthSays,saya pernah join satu forum tentang aurat wanita muslim.

Saya hairan kerana masih ramai lagi yang menganggap memakai tudung dan menutup aurat bagi seorang wanita itu memerlukan keikhlasan diri.Jika tiada keikhlasan,tiada guna memakai tudung.Benarkah begitu??
Saya pernah mendengar tazkirah daripada seorang ustaz,memakai tudung bukan berlandaskan keikhlasan,mahupun suruhan daripada org tua,ataupun kerana mengikuti undang2 di sekolah/universiti.
Hukum tentang menutup aurat itu telah termaktub didalam Al-Quran:

24:31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka meletakkan penudung mereka pada dada mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka memiliki, atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan; dan janganlah juga mereka menghentakkan kaki mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui. Dan bertaubatlah semua bersama kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar kamu beruntung.

Ada juga antara wanita yang bertudung masih belum melengkapi garis sebenar aurat seorang muslimah. Ada yang memakai tudung tetapi memakai baju T-shirt yang berlengan pendek ataupun memakai baju yang menampakkan susuk badan.Adakah sudah sempurna penutupan aurat mereka??Ada juga yang memakai tudung,memakai baju berlengan pendek juga memakai aurat @ stokin tangan.Seperti yang kita sedia maklum,apabila memakai stokin@aurat tangan,ia masih menampakkan bentuk tangan dan lengan seorang wanita itu.Adakah itu dikira sudah sempurna??

Saya jadi musykil...

Berbalik kepada persoalan ikhlas untuk memakai tudung.
Daripada forum tersebut,ramai wanita muslim yang masih belum melengkapi aurat mereka memberikan jawapan sedemikian.Selagi belum terbuka hati dan kalau nak pakai tudung,kena niatkan ikhlas bukan kerana terpaksa.Saya betul2 tak bersetuju dgn jawapan tersebut.

Menurut seorang ustaz yg saya ikuti tazkirahnya,soal keihlasan tu kita tak boleh samakan dengan tuntutan agama,mahupun apa sahaja perintah Allah Ta'ala yg telah termaktub didalam Al-Quran.
Memakai tudung itu wajib,jadi perlukah keikhlasan untuk medorong seseorang memakai tudung??

semestinya tidak!

Menurut Ustaz tu lagi(Maaf saya betul2 dah lupa namanya),persoalan ni kita boleh umpamakan dengan kewajipan seorang isteri untuk melayani suami.Seperti memasak untuk suami dirumah.Itu adalah sesuatu yg telah Allah Ta'ala perintahkan dalam Al-Quran.Samalah seperti kewajipan dalam menutup aurat.

Tidak ada pertikaian dalam soal ikhlas.

Jika si isteri perlu melayani suami,memasak untuk suami,perlukah ikhlas?Jika ikhlas itu perlu diutamakan,mungkin suami2 ramai yang tidak dpt merasa air tangan si isteri.Kerana jika tidak ikhlas tuk memasak pada hari tersebut,apa gunanya memasak??

Saya tidak menafikan ikhlas itu juga penting terutama dalam penilaian tentang amalan2kita sebagai hambaNYa.tapi disini,sudah terang mengatakan samada melayan suami mahupun menutup aurat,itu telah diwajibkan atas kita sebagai seorang Muslim.

Soal hidayah itu,kita serahkan pada Dia Yang Maha Mengetahui.

Saya menulis disini sebagai peringatan kepada dri saya sendiri dan berkongsi kepada muslimat2 diluar sana.
syukran
Wassalam

No comments: