Sunday, July 26, 2009

::Walimatul Urus::

Tahniah buat sahabatku yang akan melangsungkan perkahwinan pada Sabtu ini,1 hb Ogos 2009.

Kad undangan yang saya terima melalui email,sangat simple tapi seolah merasa keberkahannya.

Sahabatku,betapa beruntungnya dirimu,dikhitbah oleh seorang mujahid di bumi anbiya',sewaktu berada di Mesir...Moga redha Allah mengiringi perjalanan musafirmu sebagai seorang isteri yang solehah,seorang mujahidah dibumi anbiya,juga seorang anak yang solehah buat orang tuamu.
Semoga perkahwinan yang berlandaskan syariat ini diberkatiNya..InsyAllah.amin

Seronoknyer tengok kawan2 dah melangsungkan perkahwinan.
teringin??
Siapala tak teringin nak mendirikan masjid.Seperti kata2 seorang ustaz,bila kita mendirikan masjid ni,kita dah memenuhi separuh daripada syariat Islam..

Untungnya kepada mereka yang telah dipertemukan jodoh masing2..lagikan pula bahagia dengan kehadiran cahayamata yang soleh dan solehah.

Siapalah yang tidak mahukan semua ini..

Semoga diriku dipertemukan dengan jodoh yang dapat memimpinku ke jalan mujahidah,jalan yang diredhaiNya...amin..

::Coretan Unggul Buat Sahabat::

Sahabat,
Indahnya sebuah pertemuan,
Saat aku mengenali dirimu,

Pada kelam,
Dilorong yang suram,
Kau menemani setiap saatku,
memimpin ku,
Menempuh jalan kehidupan,
Disulam rasa rindu dan cinta,
Dalam redha Ilahi,

Pimpinanmu atas nama persahabatan,
Membuatku tersedu dicelah bahagia,

Kerana tulusnya hati,
seorang sahabat sepertimu,
Memintal kuntum setia,
Menganyam dalam jemari halusmu,
Tatkala bersama,
Meski jiwamu sering terjerat,
Oleh kelantanganku,
kau masih mampu mengukir senyuman nan indah,


Maafkan aku sahabat,
Kerana tidak mampu,
Menjadi cermin dirimu,
Menjadi sahabat terbaik buatmu,
Namun aku tidak pernah melupai,
setiap detik kenangan yang tersulam antara kita,

Terima kasih Ya Allah,
Atas anugerah persahabatan ini..

Nukilan teristimewa buat insan bergelar sahabat

Selamat Hari Lahir buat sahabatku, Roslinda Mohd Syariff di markaz ilmu Universiti Darul Iman.



Friday, July 17, 2009

::Sekalung Al-Fatihah buatmu sahabat::

Tepat jam 11.28 am,saya menerima kiriman sms dari roomate saya di UIA berbunyi"K.Sha dah meninggal dunia,pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya.Jenazah arwah akan disembahyangkan di UIA dan terus diterbangkan ke Sabah"..

Ya Allah,jantung saya seperti gugur setelah membaca kiriman sms tersebut.Berderai air mata tatkala mengimbau kembali kenangan bersama arwah sewaktu di UIA.Sangat terkilan kerana waktu ini saya berada di kampung,cuti hujung minggu.

Hari ini,pada Jumaat 17 Julai 2009 sahabat yang pernah sama2 berjuang menuntut ilmu,berkongsi ilmu meninggalkan kami semua untuk selama2nya. Al-fatihah dan doa buat sahabat kami,Allahyarhamah Nur Syafawati, semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh..

Betapa runtunnya hati saya mengenangkan arwah yang merupakan pelajar cemerlang,periang,sentiasa berkongsi ilmu, tidak pernah kedekut untuk mencurahkan idea tatkala sama2 berdiskusi.
Kini dia pergi mendahului kita semua.

Salam Takziah buat keluarga arwah di sabah,moga dikuatkan hati atas ujian yang Maha hebat dari Nya.

Buat sahabat-sahabatku,Farahiyah,Syikin,Farah Liyana,Daia,dayah dan Jaa.La Tahzan,sentiasa kirimkan doa buat arwah.Kuatkan diri kita menghadapi ujian ini..

Al-Fatihah dan doa buat Allahyarhamah Nur Syafawati.
YaAllah,tempatkan sahabatku dikalangan hamba-hambaMu yang soleh..Amin



::Media oh media,cubalah adil sikit..::

Tersurat..




MANEK URAI 14 Julai 2009 - Dua orang anggota puteri Umno yang diberitakan cedera dalam insiden membaling batu tidaklah membimbangkan dan tidaklah seperti yang digembar gemburkan jam 1 petang tadi oleh pihak BN.

Kedua-duanya, Nurfarahana Abdol Rahman dan Wan Nor Azziela Pawan Teh, 21, dikejarkan ke Hospital dengan kenderaan awam dan diiringi polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata kejdian itu telah berlaku akibat dari provokasi penyokong PAS sehingga mencetuskan ketengangan.




yang tersiratnya..petugas PAS cedera lebih parah dari Puteri amno...tapi kecohnya macam biji mata terkeluar... wartawan arus media perdana..sibuk la keluarkan cerita Puteri cedera...citt cedera tak keluar darah pun...


amno dok buat provokasi media senyap sunyi aje...bisu seribu bahasa...tapi kalau PAS yang mula..kepoh satu malaya...media arus perdana yang hampeh..!!










Kredit Untuk blog Amin menulis...





::Ekonomi Islam dan peranan pemimpin kita::

Untuk semester baru,saya mengambil course yang jarang diambil oleh pelajar business,Issues In Islamic economic. Ramai yang kata,boleh ke saya cope dengan subject yang memang bukan dalam landasan sebagai core in Business.

Bagi saya,nilai dan status cemerlang seorang graduan itu bukanlah berdasarkan CGPA yang sentiasa berada dikedudukan teratas,tetapi pada nilai ilmu yang dituntut diuniversiti. Samada pembelajaran yang diikuti telah merangkumi semua aspek dalam life as a student and Muslim.

Jika saya seorang student in accounting,saya rasa perlu sekiranya saya mempelajari tentang aspek dlm economic & business.Kenapa harus dihadkan ilmu yang ingin kita perolehi semata2 untuk memenuhi credit hour yang telah ditetapkan oleh pihak universiti?

Saya betul2 tertarik dengan bahas ucapan seorang pensyarah dalam kelas Issues in Islamic Economic yang saya ikuti pagi tadi,terutama tentang how to implement islamic economic in the modern life and to mixed it up together with history ttg islamic economic + modern economic.

Kertas kerja mengenai cara pelaksanaan ekonomi Islam telah dibentangkan lebih 20tahun lalu dan ianya terbukti bahawa ekonomi dengan cara islam mampu menangani masalah ekonomi kapitalist sedia ada.

Pembentangan telah dilakukan tapi masih belum ada tindakan daripada pihak pemimpin2 kita sendiri.Kerana apa?

Mungkin pembaca boleh mentafsirkan atas kefahaman masing2.

Memang tidak dapat dinafikan,pelaksanaan bukan sesuatu yang mudah. peranan bukan sahaja dimainkan oleh society Muslim disekeliling kita, peranan lain termasuklah dari segi political perlu diambil kira sebagai satu cabang yang penting untuk memastikan jalan merubah ekonomi kapitalist sedia ada kepada islamic economic berjaya.

Peranan yang dimainkan pemimpin adalah sesuatu yang boleh dianggap penggerak terbesar dalam dasar perubahan untuk memperbaiki ekonomi orang Islam sendiri dan ekonomi dunia umumnya.

Jika pemimpin kita sendiri tidak mampu mencoraknya,atau membuta-tulikan permasalahan ini,sampai bila umat Islam perlu bergantung pada dahan yang rapuh,menjadi hamba kepada kapitalis dan masih mampu tersenyum bangga meski mengetepikan apa yang telah termaktub didalam al-quran.

Wallahua'lam...

Thursday, July 16, 2009

::Cara Bertunang::















salam.
apakah hikmah bertunang?

adakah bertunang ni ade masa zaman nabi?

jika tidak bertunang,boleh terus nikah ke?

1. Diantara hikmah bertunang adalah :-

a. membolehkan pasangan yang bertunang itu mengenali diantara satu sama lain,

b. ia merupakan cari untuk menilai akhlak, budi pekerti dan minat masing-masing

c. mencari titik-titik persefahaman antara pasangan

Kesemua ini dilakukan mengikut batasan syara' yang dibenarkan. Beberapa disiplin yang dinyatakan oleh Ustaz Zaharuddin semasa pertunangan adalah :-

Quote:
Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu’ dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti ini, tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam.

6) Mengurangkan komunikasi yang tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan dari yang membawa syahwat. Mengetahui hati budi bakal pasangan menggunakan alatan media elektronik seperti email, surat dan sms lebih baik dari bercakap dalam banyak keadaan (kerana mendengar suara mudah menaikkan syahwat), bagaimanapun, saya tidak menafikan email, surat dan sms juga boleh menaikkan syahwat, tetapi saya kira secara ‘verbal’ lebih mudah.

7) Kerana perbicaraan adalah panjang dan dalil amat banyak, ringkasan perkara perlu ( semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :-
a. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.
b. Haram ber”dating” tanpa disertai mahram yang thiqah.
c. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat. ( sms, phone, chat, mesengger )
d. Awas fitnah masyarakat sekeliling.
e. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.
f. Haram melihat kepada aurat masing-masing.
g. Awas daripada bertukar gambar.
h. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.
2. Pertunangan (Khitbah) adalah syariat Islam. Firman Allah swt :-
وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُمْ بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَاءِ
"Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan " [surah al-Baqarah : 235]

Nabi pernah bertunang dengan A'isyah ra [Sahih al-Bukhari #4793] dan diriwayatkan baginda pernah bertunang dengan Hafsah [Sahih al-Bukhari #4830].
Malah baginda menyarankan agar sesiapa yang ingin bertunang dengan seseorang wanita, dia dibenarkan melihat kepada wanita tersebut yang ingin dipinangnya.

Sabda Nabi :-
إذا خطب أحدكم المرأة فإن استطاع أن ينظر إلى ما يدعوه إلى نكاحها فليفعل
"Apabila salah seorang dari kamu ingin bertunang, jika dia boleh melihat dimana permintaannya untuk meneruskan dan bernikah, maka biarlah dia lakukan" [Hadith Riwayat Abu Daud #2082].
Jelas disini menunjukkan bahawa bertunang juga adalah sunnah Nabi .

3. Apakah seseorang itu dibenarkan terus bernikah tanpa bertunang? Jawapannya : BOLEH bernikah tanpa bertunang. Persoalannya, mana mungkin seseorang itu boleh terus berkahwin dengan seseorang wanita tanpa bertanyakan samada wanita tersebut ingin bernikah dengannya?

Mungkin yang dimaksudkan bertunang oleh anda adalah majlis pertunangan yang biasa diadakan oleh masyarakat Melayu; dimana berlakunya perhantaran cincin tunang dsb. Dari segi syara', bertunang adalah "seseorang lelaki bertanyakan wanita tersebut agar berkahwin dengannya". Dengan selesainya seseorang lelaki bertanyakan atau meminang seseorang (dan dipersetujui), maka natijahnya itu dinamakan bertunang. Dari segi syara', memang tidak ada majlis khas bagi amalan pertunangan ini. Ia cuma lamaran dan deklarasi perjanjian untuk berkahwin.

Al-ahkam.net

Sunday, July 12, 2009

::Catatan terakhir praktikal::

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak mencatit sedikit tentang praktikal yg telah dijalani selama 3 bulan di sebuah organisasi.

Seronok.Itu yang dapat saya gambarkan selama mengikuti latihan disitu.

Tak sangka yer, life yg saya jalani sewaktu diuniversiti sangat berbeza dgn life org yang bekerja ni.kadang2 saya boleh lihat perkara2 lebih detail tentang dunia pekerjaan yang takkan saya perolehi hanya melalui pembelajaran dan pembacaan didalam kelompok sebagai pelajar universiti.

Rasa beruntung diberi peluang sebaik ini untuk keluar dari kepompong seorang pelajar.

Satu perkara yang benar2 membuka mata saya ialah tentang peluang pekerjaan yang disediakan untuk memenuhi kehendak pasaran graduan masa kini. Sewaktu di universiti,saya hanya memandang skop pekerjaan itu seolah2 pada satu cabang yang terlalu sempit untuk disaingi oleh pelajar2 bagi memperoleh pekerjaan.

Baru sekarang saya boleh lihat bahawasanya masih banyak ruang bagi kita memperoleh pekerjaan asalkan kita tahu cara yang betul untuk mencarinya. Contohnya dlm bidang keusahawanan, masih banyak perkara yang kita belum ketahui dan belum sempat terokai kerana terlalu focus pada pembelajaran sehingga mengaburkan peluang2 keemasan pada kita.

Namun semua tu perlukan usaha dan kerajinan kita untuk mencari,bukan setakat bergoyang kaki menuggu tawaran pekerjaan yg hanya menjanjikan gaji lumayan atau keselesaan setelah tamat pengajian nanti.

Nampaknya selepas ni saya akan menyambung kembali pengajian diuniversiti.

Sedih rasanya nak meninggal kan tempat latihan praktikal setelah 3 bulan,keadaan dah menjadi biasa pulak rasanya.hehe…..

Rasa terharu kerana dihargai walaupun saya hanya menjalani nya tak sampai setahun pun.

Terima kasih yangt tak terhingga buat semua warga KKSL atas segala tunjuk ajar,ilmu pengetahuan,pengalaman serta hubungan silaturrahim yang terbina ,yang pasti ianya akan saya kenang dan ingati sampai bila2..InsyAllah..Tak lupa,thanks a lot atas hadiah yang comel2 belaka.

Akan saya simpan sebagai tanda kenangan bahawa di situ pernah terjalin ukhwah antara kita semua.

Wslm…



::Musim Buah::

Kalau tiba bulan Jun dan Julai saya pasti rasa seronok.
Kenapa ea…??
Hehe..sebab boleh makan buah banyak2!!

Mula2 ari tu musim buah durian..alhamdulillah rezeki Allah ta’ala bagi..Buah2 durian menjadi..
Selepas pokok durian berbuah,giliran pokok manggis pulak..

Kalau buah durian resamnya gugur kebumi selepas masak,tapi buah manggis dipetik masa dah masak.Itulah seronoknya tinggal dalam suasana kampong, banyak buah2an yang boleh didapati.macam kat kampong saya jugak.hehe.

Tapi pokok manggis ni agak tinggi dan buahnya bukan jenis berbuah rimbun macam langsat atau rambutan.jadi yang tinggi2 tu adalah tugas si hero untuk memanjat dan mengait buahnya. Ada satu keistimewaan buah manggis ni,mudah dipetik atau digalah sebab bila dah cukup masak, tangkainya akan merekah dan menyenangkan ia dikait dengan galah buluh. Tengok tu,setiap kejadian yang Allah Ta’ala jadikan mesti ada hikmahnya.













Selepas pokok manggis berbuah,tibalah giliran pokok rambutan mengeluarkan rezekinya..Wah best nyer kalau musim buah rambutan,pokoknya rendah2 aje dan boleh dipetik dari bawah..Kiranya bole makan buah terus dari pokok.segar bugar.hihi.lagipun rambutan ni banyak jenisnya,yang paling diminati,ialah rambutan gading.warnanya kekuningan.isinya tebal dan tak berair.









Manggis sudah,rambutan pun sudah,then musim buah langsat n dukung…




Pokok dukung ni arwah atuk yang tanam,tapi arwah tak sempat nak merasa…cedih2.
Alhamdulillah,tahun ni semua pokok berbuah lebat dan menjadi.Hikmahnya?ramai yang dapat merasa buah2 ni termasuklah kwn2 kat tempat praktikal,n sempat jugak nak bawak balik kl bagi sedara2 yang lain..
Masa merayau2 tengah kawasan pokok2 buah tu,sempat jugak melihat2 pokok2 lain kat kawasan tu,




Ade pokok buah langsat,buah limau pun ada..
InsyAllah,jika diberi kesempatan kita bertemu lagi ea..
Wslm..

Tuesday, July 7, 2009

::maaf::

Salam ziarah kembali kepada sahabat2 yg sudi lawat blog saya ni.Maaf kerana saya masih belum sempat mengupdate blog sy dgn entry or cerita2 baru kerana sibuk menhabiskan masa tuk siapkan report praktikal yang masih perlu di draft kan pada lecture.Tak lama.Tinggal 3 hari sahaja lagi praktikal saya akan tamat.nampaknya kenalah berhempas pulas mengoreng report kali ni.hihi...

wslm..


Thursday, July 2, 2009

::Dimana aurat wanita??::

Kali ni saya nak menulis sedikit tentang aurat wanita Muslim.Memang rasanya saya masih belum layak untuk membincangkan tentang isu sebegini,cuma ingin berkongsi idea serta melontar sedikit pandangan yang saya perolehi daripada org2 disekeliling saya.

Di YouthSays,saya pernah join satu forum tentang aurat wanita muslim.

Saya hairan kerana masih ramai lagi yang menganggap memakai tudung dan menutup aurat bagi seorang wanita itu memerlukan keikhlasan diri.Jika tiada keikhlasan,tiada guna memakai tudung.Benarkah begitu??
Saya pernah mendengar tazkirah daripada seorang ustaz,memakai tudung bukan berlandaskan keikhlasan,mahupun suruhan daripada org tua,ataupun kerana mengikuti undang2 di sekolah/universiti.
Hukum tentang menutup aurat itu telah termaktub didalam Al-Quran:

24:31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka meletakkan penudung mereka pada dada mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka memiliki, atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan; dan janganlah juga mereka menghentakkan kaki mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui. Dan bertaubatlah semua bersama kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar kamu beruntung.

Ada juga antara wanita yang bertudung masih belum melengkapi garis sebenar aurat seorang muslimah. Ada yang memakai tudung tetapi memakai baju T-shirt yang berlengan pendek ataupun memakai baju yang menampakkan susuk badan.Adakah sudah sempurna penutupan aurat mereka??Ada juga yang memakai tudung,memakai baju berlengan pendek juga memakai aurat @ stokin tangan.Seperti yang kita sedia maklum,apabila memakai stokin@aurat tangan,ia masih menampakkan bentuk tangan dan lengan seorang wanita itu.Adakah itu dikira sudah sempurna??

Saya jadi musykil...

Berbalik kepada persoalan ikhlas untuk memakai tudung.
Daripada forum tersebut,ramai wanita muslim yang masih belum melengkapi aurat mereka memberikan jawapan sedemikian.Selagi belum terbuka hati dan kalau nak pakai tudung,kena niatkan ikhlas bukan kerana terpaksa.Saya betul2 tak bersetuju dgn jawapan tersebut.

Menurut seorang ustaz yg saya ikuti tazkirahnya,soal keihlasan tu kita tak boleh samakan dengan tuntutan agama,mahupun apa sahaja perintah Allah Ta'ala yg telah termaktub didalam Al-Quran.
Memakai tudung itu wajib,jadi perlukah keikhlasan untuk medorong seseorang memakai tudung??

semestinya tidak!

Menurut Ustaz tu lagi(Maaf saya betul2 dah lupa namanya),persoalan ni kita boleh umpamakan dengan kewajipan seorang isteri untuk melayani suami.Seperti memasak untuk suami dirumah.Itu adalah sesuatu yg telah Allah Ta'ala perintahkan dalam Al-Quran.Samalah seperti kewajipan dalam menutup aurat.

Tidak ada pertikaian dalam soal ikhlas.

Jika si isteri perlu melayani suami,memasak untuk suami,perlukah ikhlas?Jika ikhlas itu perlu diutamakan,mungkin suami2 ramai yang tidak dpt merasa air tangan si isteri.Kerana jika tidak ikhlas tuk memasak pada hari tersebut,apa gunanya memasak??

Saya tidak menafikan ikhlas itu juga penting terutama dalam penilaian tentang amalan2kita sebagai hambaNYa.tapi disini,sudah terang mengatakan samada melayan suami mahupun menutup aurat,itu telah diwajibkan atas kita sebagai seorang Muslim.

Soal hidayah itu,kita serahkan pada Dia Yang Maha Mengetahui.

Saya menulis disini sebagai peringatan kepada dri saya sendiri dan berkongsi kepada muslimat2 diluar sana.
syukran
Wassalam