Sunday, June 21, 2009

::Hadiah hari bapa buat abah..::

Al-Fatihah buat abah dibawah rimbunan kemboja putih..

Sejak seminggu ni,apa sahaja majalah dan surat kabar yang dibaca hampir 80% membincangkan tentang hari bapa dan juga tentang pengorbanan seorang ayah..

Mata saya akan selalu terhenti lama pada bacaan artikel yang menceritakan kisah mereka yang mempunyai seorang ayah yang sangat mereka hormati dan kasihi. Tiba2 hati saya akan berbangkit pilu, dan kadang2 cemburu bila saat kasih sayang terhadap ayah dizahirkan dengan perasaan yang sangat bahagia oleh mereka yang masih mempunyai ayah untuk dimanjai dan dikasihi.

Saya selalu membayangkan saya mencium tangan ayah saya sewaktu pergi kesekolah,menhantar saya kepintu pagar asrama,mengusap2 rambut saya,membetulkan rantai basikal saya yang sering terputus saat saya mahu pergi kesekolah agama.

Sering juga saya membayangkan saat keluar memancing bersama ayah, berkongsi tawa dan duka saya selama saya membesar sebagai remaja.

Namun saya tahu,sy tak mungkin memperolehi semua itu sehingga saya pergi kelak.

Abah telah pergi sewaktu saya masih kecil,masih belum mengenal erti kehidupan.

saya percaya,hanya abang saya yang masih mengingati setiap derap langkah abah kerana abang sudah pun berumur 4 tahun kala abah menghembuskan nafas yang terakhir.

Abah meninggal kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya sewaktu pulang daripada memancing bersama kawan2 dan bapa saudara yang lain. pertama kali saya mendengar ibu menceritakan bagaimana motor yang ditunggang abah bersama rakannya dilanggar oleh sebuah kereta yang dibawa oleh seorang lelaki mabuk.

Sewaktu kemalangan, ia berlaku dihadapan kawan2 abah yg lain termasuk bapa saudara saya. kebetulan abah membonceng motorsikal yang paling hadapan,jadi kereta tersebut hanya menghentam motor abah. kawan abah ckp,abah tercampak setelah kereta tersebut merempuh motor yang dinaiki bersama rakannya.

Abah koma selama 2 hari.

Saya masih menyimpan sekeping gambar sewaktu saya berada diluar kamar hospital,sewaktu abah koma.walau saya tidak mengingat apa2 kerana masih berusia 2 tahun,tapi setiap kali saya melihat gambar tersebut,saya tahu waktu itu,saya masih mempunyai seorang abah.

Abah meninggal setelah koma selama 2 hari,dikebumikan di johor bahru bersebelahan dengan kubur arwah kawan abah yang sama2 membonceng motorsikal pada hari kejadian..

Ibu cakap,personaliti abah betul2 menyerupai saya..pendiam,tak banyak cakap dan sukar untuk difahami rentaknya.Walaupun abah telah lama pergi,diri abah sentiasa bersemadi dalam jiwa saya.Arwah nenek yang juga jiran saya pernah mengatakan sedemikian,melihat saya umpama melihat arwah abah saya..setiap kali melihat orang lain bersama ayah mereka,hati saya pasti terusik.Saya terlalu rindu kan abah.Saya ingin memeluk abah.

Setiap usai solat,saya berdoa untuk abah. saya pernah mendengar seorang ustaz memberi tazkirah, berdoa untuk ibu bapa akan melapangkan kubur mereka. Saya ingin sangat memberitahu abah yang saya merinduinya..

walau saya kehilangan seorang abah,saya masih mempunyai seorang ibu yang penyayang.yang berkorban siang dan malam untuk kami sekeluarga..terima kasih ibu.saya sangat bersyukur atas segala pemberian dari Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang..

Al-Fatihah dan salam kerinduan buatmu abah dibawah rimbunan kemboja putih..


1 comment:

Mind Freak said...

Cukup membuat hati tersentuh.

hmmm...

membuatku bersyukur atas nikmatNya..

kamu seorang muslimah yang tabah.