Tuesday, June 30, 2009

Monday, June 29, 2009

::Sebab-sebab hati tak bahagia::

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan,pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia.

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi..** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain....andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya. Wallahualam"(1)

(1)Reference:Ackoyz_79


Friday, June 26, 2009

::Mutiara Kata::

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.


Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,

Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup .

http://mutiarakatahikmah.blogspot.com/


Monday, June 22, 2009

::Under construction::

salam..maaf sume.blog saya masih dalam pembinaan.hihi(macam nak wat umah)..
buat masa sekarang,saya masih mengarang di blog friendster sy..jemputla ziarah kat blog yg tak seberapa ni.
http://amirahtumin.blog.friendster.com/



Sunday, June 21, 2009

::Hadiah hari bapa buat abah..::

Al-Fatihah buat abah dibawah rimbunan kemboja putih..

Sejak seminggu ni,apa sahaja majalah dan surat kabar yang dibaca hampir 80% membincangkan tentang hari bapa dan juga tentang pengorbanan seorang ayah..

Mata saya akan selalu terhenti lama pada bacaan artikel yang menceritakan kisah mereka yang mempunyai seorang ayah yang sangat mereka hormati dan kasihi. Tiba2 hati saya akan berbangkit pilu, dan kadang2 cemburu bila saat kasih sayang terhadap ayah dizahirkan dengan perasaan yang sangat bahagia oleh mereka yang masih mempunyai ayah untuk dimanjai dan dikasihi.

Saya selalu membayangkan saya mencium tangan ayah saya sewaktu pergi kesekolah,menhantar saya kepintu pagar asrama,mengusap2 rambut saya,membetulkan rantai basikal saya yang sering terputus saat saya mahu pergi kesekolah agama.

Sering juga saya membayangkan saat keluar memancing bersama ayah, berkongsi tawa dan duka saya selama saya membesar sebagai remaja.

Namun saya tahu,sy tak mungkin memperolehi semua itu sehingga saya pergi kelak.

Abah telah pergi sewaktu saya masih kecil,masih belum mengenal erti kehidupan.

saya percaya,hanya abang saya yang masih mengingati setiap derap langkah abah kerana abang sudah pun berumur 4 tahun kala abah menghembuskan nafas yang terakhir.

Abah meninggal kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya sewaktu pulang daripada memancing bersama kawan2 dan bapa saudara yang lain. pertama kali saya mendengar ibu menceritakan bagaimana motor yang ditunggang abah bersama rakannya dilanggar oleh sebuah kereta yang dibawa oleh seorang lelaki mabuk.

Sewaktu kemalangan, ia berlaku dihadapan kawan2 abah yg lain termasuk bapa saudara saya. kebetulan abah membonceng motorsikal yang paling hadapan,jadi kereta tersebut hanya menghentam motor abah. kawan abah ckp,abah tercampak setelah kereta tersebut merempuh motor yang dinaiki bersama rakannya.

Abah koma selama 2 hari.

Saya masih menyimpan sekeping gambar sewaktu saya berada diluar kamar hospital,sewaktu abah koma.walau saya tidak mengingat apa2 kerana masih berusia 2 tahun,tapi setiap kali saya melihat gambar tersebut,saya tahu waktu itu,saya masih mempunyai seorang abah.

Abah meninggal setelah koma selama 2 hari,dikebumikan di johor bahru bersebelahan dengan kubur arwah kawan abah yang sama2 membonceng motorsikal pada hari kejadian..

Ibu cakap,personaliti abah betul2 menyerupai saya..pendiam,tak banyak cakap dan sukar untuk difahami rentaknya.Walaupun abah telah lama pergi,diri abah sentiasa bersemadi dalam jiwa saya.Arwah nenek yang juga jiran saya pernah mengatakan sedemikian,melihat saya umpama melihat arwah abah saya..setiap kali melihat orang lain bersama ayah mereka,hati saya pasti terusik.Saya terlalu rindu kan abah.Saya ingin memeluk abah.

Setiap usai solat,saya berdoa untuk abah. saya pernah mendengar seorang ustaz memberi tazkirah, berdoa untuk ibu bapa akan melapangkan kubur mereka. Saya ingin sangat memberitahu abah yang saya merinduinya..

walau saya kehilangan seorang abah,saya masih mempunyai seorang ibu yang penyayang.yang berkorban siang dan malam untuk kami sekeluarga..terima kasih ibu.saya sangat bersyukur atas segala pemberian dari Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang..

Al-Fatihah dan salam kerinduan buatmu abah dibawah rimbunan kemboja putih..